“…Saya tak setuju parti dikaitkan dengan Umno.. – Husam

Datuk Paduka Husam Musa menerima kekalahan dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dengan hati terbuka tetapi menegaskan “gembira kerana telah membawa “pandangan politik” menerusi pemilihan kali ini.

Bekas Naib Presiden itu menyifatkan beliau telah berjaya menyampaikan mesej mengenai pandangan politiknya yang memprotes sebarang kerjasama politik antara parti itu dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Saya terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka sebab saya sudah tahu akan kalah.

“Saya juga berterima kasih kerana mesej saya diterima pada peringkat pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga Naib-naib Presiden… saya percaya mereka dapat melaksanakan pandangan politik saya kerana mereka amat konsisten dalam perjuangan untuk parti,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Malah Husam berkata, keyakian pandangan politiknya diterima oleh para perwakilan telah dizahirkan berdasarkan pecahan undi diterima beliau dan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu.

“Kalau dicampurkan jumlah undi saya dan Mat Sabu ialah kira-kira 56 peratus dari undi keseluruhan… itu juga adalah kejayaan saya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai harapannya agar barisan kepimpinan yang baru melaksanakan agenda pandangan politiknya, Husam berkata, beliau mahu PAS tidak menggunakan jalan pintas untuk mencapai kejayaan sebaliknya kembali kepada perjuangan asal parti itu.

“PAS mesti untuk Islam dan juga mencari jalan membawa perubahan, tapi tak ada jalan pintas untuk berkerjasama dengan Umno,” katanya.

Ditanya mengenai tahap keseriusan perancangan kerjasama antara PAS dan Umno, beliau berkata, “ini yang akan saya pantau kerana ia akan merosakkan masa depan PAS.”

“Yang penting sekarang ialah saya tak setuju parti dikaitkan dengan Umno… tak mustahak saya berada dalam atau di luar,” katanya.

Ditanya sama ada ketiga-tiga Naib Presiden yang baru dipilih itu mempunyai haluan yang sama dengannya, beliau berkata, kesemua mereka sekadar berkongsi pandangan yang sama dengannya.

Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS buat penggal ketiga berturut-turut dengan menerima 480 undi untuk merekodkan majoriti 200 undi dalam pertarungan tiga penjuru.

Husam hanya menerima 281 undi manakala Muhamad Sabu pula mendapat 261 undi.

Pemilihan diadakan semalam dan keputusan diumumkan pagi ini.

Satu Respons

  1. Alhamdullillah , berakhir jua muktamar 55 , dengan keunikannya yang tersendiri. Ada yang menang dalam jawatan, yang tewas pun akur jua. Namun dalam bersiasah, amanah yang diberi untuk menjaga selok belok kehidupan rakyat dilupa jangan. Apatah lagi jika digadaikan untuk sedikit kepopularan yang palsu.
    Amanah itu berat , justeru bukit bukau, gunong ganang tidak sanggup memikulnya. Hatta , manusia jua yang diberi tanggungjawab melaksanakannya. Di Mahsyar pasti ditanyakan ALLAH SWT.
    Pastinya rakyat jelata Darulnaim itu tidak rela dikhianati. Insafilah perjuangan tatkala sesatnya Quraish sebelum tiba Rasulullah SAW, betapa peritnya kehancuran Uthmaniyah, setelah lama pulangNya Baginda hingga kini.
    Perlakukan amanah ummah sejajar Kitabullah dan
    Assunnah….. suatu ingatan kesabaran dalam istiqomah dari…..

    neraca marhaen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: