Muktamar PAS 55: Rangkuman Ucapan menolak ‘Kerajaan Perpaduan’ dengan Umno

KEMASKINI:
Ucapan Penggulungan MB Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak pada Muktamar PAS ke 55, 7 Jun 2009
1.

2.

Ucapan Penagguhan Wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah bt Mohd Yusof yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada 7 Jun 2009

Ucapan Wakil Dewan Pemuda PAS Pusat membahaskan Usul tergempar mengenai penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat

Ucapan Wakil Shah Alam membahaskan Usul tergempar pada 7 Jun 2009:
1.

2.

Ucapan Wakil Kelantan pada 6 Jun 2009:
1.

2.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi penjelasan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Nasharudin berkata, PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN)dan beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan akan dapat diselesaikan setelah Hadi memberikan penjelasan kepada mereka.

Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Idea itu turut mendapat bantahan perwakilan PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan perbincangan antara parti itu dan Umno.

Hadi dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Katanya, hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan sahaja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin Umno sendiri.

2 Respons

  1. Wan Jo…….Ucapan Khalid Samad keluar tajuk

    Wanjo: Bukan isu, isu adalah nak hentam cadangan Kerajaan Perpaduan.. yop

  2. Wahai pejuang2 Islam, ingatlah hadis riwayat al irbadh bin sariah ttg perpecahan dan perpaduan. Jgnlah mudah termakan hasutan syaitan utk berpecah belah. Buktikan dahulu Presiden PAS melanggar syarak barulah kita tolak….

    Hadis Irbadh:

    Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

    H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: