Kerajaan Perpaduan: Pemimpin Umno sambut baik cadangan Presiden PAS

KEMASKINI:

Idea pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan satu agenda untuk mewujudkan kerajaan campuran tetapi sebaliknya agenda di luar parti bagi membincangkan soal agama, orang Melayu dan ummah secara keseluruhan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, idealisme yang dibawakan oleh Pas itu adalah demi kesejahteraan ummah serta agama dan tidak mahu Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah diperlekehkan kerana melakukan tindakan yang akan merugikan orang Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.

Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah.

”Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti,” katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cadangan itu tidak perlu dipolitikkan kerana yang lebih penting untuk dibincangkan adalah keperluan bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bimbang jika semua cadangan baik dipolitikkan, usaha yang lebih membawa kebaikan dan keutuhan perpaduan antara rakyat akan disia-siakan.

“Kadang-kadang saya bimbang apabila kita terlalu sangat berpolitik, kelebihan dan keunikan yang ada pada kita secara tidak sedar akan terhakis dan apabila terhakis susah untuk kita bina semula.

“Apabila terhakis, susah untuk satukan semula kerana perpaduan melibatkan emosi, hubungan antara manusia dan bertambah susah jika bercampur aduk dengan isu kaum dan agama,” katanya pada sidang akhbar.

Sambil dua kali menegaskan agar PAS “never say never”, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS menghidupkan semula muzakarah dengan Umno khususnya susulan perkembangan muktamar tahunan parti Islam itu yang berakhir semalam.

Mengambil kira persekitaran semasa dalam PAS yang memperlihatkan ada kumpulan yang menyokong muzakarah dengan Umno-BN, beliau berkata, kini adalah “masa untuk memulakan proses tersebut.”

“… yang saya berharap dan saya yakin dengan memulakan usaha muzakarah tersebut, suasana yang disebutkan oleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru) (Dr. Mujahid (Yusof Rawa) tadi akan jadi lebih kondusif,” kata beliau ketika muncul dalam program Astro Awani malam tadi.

Dan sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

“Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media

Apa kata Pemimpin Pakatan Rakyat:
Semua parti pembangkang diminta duduk semeja bagi membincangkan idea pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ia diterima sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah negara.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, perbincangan itu penting untuk memperincikan ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan tersebut.

“Konsep kerajaan perpaduan harus diteliti dari sudut hubungan antara parti politik di negara ini selain manfaat daripadanya,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

“Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

“Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku,” katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

“Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua enggan mengulas lanjut berhubung pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadang Pas.

Apa kata Pemimpin PAS:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

“Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,” kata beliau semalam.

Advertisements

4 Respons

  1. Salam, Gue malas mau nulis, sebab hati masih panas, parut luka tampal poster s46 masuk ada d kepala. jadi lu bacalah postting d bawah ni.

    Monday, June 8, 2009
    NAK CAKAP PASAL NAQIB (BUKAN NAJIB)
    Assalamulaikum,

    Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala’ pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.

    Tradisi ini , metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

    Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

    Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

    Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul ‘am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul ‘am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS. Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

    Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala’ kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala’ kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

    Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul ‘am. Hendaklah mereka wala’ kepada naqib ini.

    Semuanya mestilah patuh.

    Termasuk timbalan presiden.

    Termasuk presiden.

    Posted by Hamirdin b Ithnin at 11:30 PM

  2. bodoh bodoh bodoh .. nak berkawan dengan orang yang dah nak mampuuuus…

  3. Tuan Guru Hadi, ape persamaan “Kerajaan perpaduan” dengan “wan malaysia”? ..Nak tau jawapannya… theheheh…. kedua-duanye tidak jelas.. blurr .. kaburrr…

    tuan guru juga tidak kosisten dalam kenyataan tuan.. kejap kata tidak menutup pintu perbincangan dgn UMNO.. kejap pula mengkritik UMNO.. kejap kata bukan nak gabung dengan UMNO.. kejap kata PAS akan ganti UMNO.. abis tu.. perpaduan nyer yg mana? ttttttthehehehehe

  4. Ketaatan adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah parti politik,terlalu indah andai ketaatan di paksikan kepada kedamaian umah yg akhirnya menarik nonmuslim kagum akan perpaduan yg di canang oleh pemimpin atasan….sebenarnya untuk mencapai perpaduan adalah terlalu rumit andai prinsip kepimpinan tidak di korbankan sedikit, sampai bila prinsip kepimpinan akan bertahan (relevan) dengan rakyat yg mempunyai keimanan yg nipis, saya percaya sekali lagi jika kepimpinan atas berpadu maka rakyat akan terasa bahagia sebab kemajuan yg hendak capai di apit oleh para ulama memantau perjalananya…oleh itu di harapkan sangat semua pemimpin politik berbincang dan berpadu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: