Kerajaan Perpaduan: Pelbagai sms diterima menolak kerajaan perpaduan

sms 1:
Liputan surat khabar cina sangat negatif terhadap nasa (Timbalan Presiden). Implikasi kepada imej PAS. Ulasan ucapan Haji Hadi (Presiden) tidak sama! Ahli PAS diminta solat Hajat beramai-ramai. – sms dari kawan berbangsa cina, 9 Jun 2009

sms 2:
…. pagi ana jumpa ramai orang cina yang marah pada Ustaz Hadi (Presiden) berkaitan kerajaan perpaduan. Di Kampong ‘gege’. – 9 Jun 2009

sms 3:
Askm kita wajib malu dengan kenyataan Dato Hadi yang kata kerajaan perpaduan telah dibentangkan kepada PR. TV3 sakni (sebentar tadi) Lim Guan Eng nafikan dengan berkata “Hj Hadi kalu ore kuat agama kena jawab kepada god bukan sahaja kepada DAP”. Pecah PAS dengan pimpinan berkepentingan untuk jawatan. Ya Allah selamatkan PAS dari fitnah ini. – sms 9 Jun 2009

Sebahagian sms ini menunjukkan tentangan kepada cadangan kerajaan perpaduan dan kebanyakannya sayang kepada PAS dan Wala’ yang berterusan perlu diberikan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang secara terangan menolak kerajaan perpaduan.

Sms di atas telah diedit dari segi ejaannya.

3 Respons

  1. assalamulaikum! wahai para pemimpin pas…adakah anda sedar atau tidak bahawa anda sudah riak…pas kuat kerana pakatan…dap pkr dan pas saling memerlukan dan adakah dengan kemenangan pas baru2 ini bermakna pas sudah kua???kerajaan perpaduan adalah karut…dlm pilihanraya nanti rakyat akan keliru pas ke umno ?ah ! sama saja baik pangkah umno lagi pun pas akan masuk umno dan umno masuk pas..fikir2 lah…ambil iktibar apa yg telah terjadi di tgganu…1 pggal aje beb!

  2. kepada pengarang….sampai mati aku xredo kerajaan perpaduan dgn umno slagi umno tolak islam………dan aku mmbenci sesiapa yg benci atau perlekeh tok guru nik aziz yg ku kasihi

  3. Salam….

    Apa sumbangan Mustapha Ali dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Apa sumbangan Tuan Nasaruddin dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Sekadar melemparkan senyum? Atau apa? Jawablah soalan soalan ini dengan jujur. Kami ahli bawahan yang berada di lapangan inilah yang meleleh peluh memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan sahabat sahabat bukan islam dan menarik mereka mendekati PAS. Bukannya kamu wahai Mustapha. Bukannya kamu wahai Nasaruddin. Kami !!

    Anda hanya tahu menyebutkan – “KINI BUKAN ISLAM TELAH BERSAMA SAMA DENGAN KITA DAN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA KITA UNTUK MEWAKILI MEREKA”. Memang benar tetapi sedarkah kamu bahawa kami ahli bawahan di lapangan inilah yang bekerja untuk menghasilkan kejayaan itu.

    Kami telah berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan dengan sahabat sahabat bukan Islam. Kenapa kamu ingin menghancurkannya? Adakah status “PIMPINAN” yang kamu miliki itu membuatkan kamu boleh memutuskan apa sahaja untuk jemaah ini?

    Wahai Mustapha, wahai Nasaruddin, wahai TG Hj Hadi, jemaah ini bukanlah milik eksklusif sesiapa sama ada ulama, profesional, penarik beca, petani, nelayan, penoreh getah mahupun anak muda seperti kami. Jemaah ini adalah milik sesiapa juga yang mahu menunaikan tanggungjawab jihad yang difardhukan oleh Allah swt menerusi petunjuk Rasulullah saw.

    Janganlah memperbodohkan kami. Syurga itu bukan dikhususkan untuk ulama sahaja dan neraka itu pula bukanlah dikhususkan untuk golongan bukan ulama.

    Lebih mulia untuk bekerjasama dengan sahabat sahabat bukan Islam yang mahu memahami Islam daripada bekerjasama dengan UMNGOK yang nyata sekali telah mengkhianati Islam berulang kali.

    Baca lanjut di http://www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: