PAS perlu perhalusi kerajaan perpaduan – Timbalan Presiden Umno

Cadangan PAS supaya kerajaan perpaduan diwujudkan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) perlu dihalusi semula memandangkan ia mendapat reaksi yang bercanggah daripada parti pembangkang yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total.

Menurut beliau, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.

“Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah.

“Ia melibatkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada partiparti pembangkang yang lain,” katanya.

Muhyiddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara. Menurut Muhyiddin, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan BN menerima dengan terbuka saranan itu adalah simbol kepada ketelusan dan kesediaan BN untuk membincangkan perkara itu dengan terperinci.

“Kita bersedia untuk berbincang dan bersikap terbuka tetapi kami dimaklumkan bahawa berlaku percanggahan pendapat antara pakatan pembangkang.

“DAP berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara ini manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula tidak bersetuju.

“Saya tidak pasti sama ada ini cuma idea PAS atau pakatan pembangkang secara keseluruhan.

“Bagaimana kita nak teruskan dengan agenda seterusnya jika mereka sendiri tidak sependapat,” katanya.

Ini semua faktor bagi mengalahkan PAS dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai 14 Julai nanti. PAS tak perlu bertanding jika kerajaan perpaduan jadi isu.!!! Presiden PAS sudah terperangkap. Pening kepala Mursyidul Am lawan Umno/BN. Mursyidul Am PAS bersyarah siang dan malam supaya Umno berkubur! Presiden PAS nak buat kerajaan perpaduan.

Yang nanyanya ahli di bawah.

Satu Respons

  1. Tuan,

    jgnlah doakan PAS kaloh di Manik Urai…

    kawe ore Qlate siang malam doakan UMNO berkubur di Kelantan.

    isu kerajaan perpaduan dah selesai, pimpinan PAS bukan nak bawa PAS masuk UMNO/BN, tetapi hanya nak buka ruang diskusi dengan sesiapa pun utk kepentingan ISLAM.

    boh lah kita balah sama kito, biar kita sama2 pakat2 benamkan UMNO di Manik Urai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: