Tok Guru Nik Aziz tetap tolak Kerajaan Perpaduan

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.

Berita lain:
Rais Yatim puji melangit Presiden dan Timbalan Presiden PAS
“Siapa yang tidak suka perpaduan harus dianggap sebagai tidak mempunyai pendirian politik yang membina untuk Malaysia. Saya memberi penghargaan yang amat tinggi kepada Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa di atas pandangan jauh mereka,” kata Rais Yatim.

Kami ahli PAS di bawah turut kembang hidung. puiih.

DAP, PKR tidak berhak bantah – Rais Yatim

Mustafa Ali rayu Pakatan tutup mulut

PAS Perlis tumpang sekaki

Advertisements

3 Respons

  1. salam, nampaknye..umno udah mengelinjang bersama geng UG…so, PAS PUSAT Cepatlah buat mesyuarat and tentukan apayang hang hendak..tapi kena ingat gue ahli atas pagar tak terikat dengan wala ke rais am..so, maybe selamat tinggalah lah PAS and UG nye…

  2. mulut sapa yang mula dulu. bila geger nak suruh org lain tutup mulut. bila2 jange dok wat ganas sangat mulut kita tu

  3. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 20 Jun 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 21 Jun 2009 mulai Solat Maghrib
    huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
    Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.

    Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.

    Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

    Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: