Yang mana satu kena wala’ Mursyidul Am atau Presiden?

KEMASKINI:
Tok Guru Nik Aziz bidas golongan pertahan kerajaan perpaduan
kartun tok guru bidas Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai “boneka Umno”. Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu…

keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Hormati idea Haji Hadi – Ketua Pemuda PAS
Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghormati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dewan Pemuda Pas berpendirian peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Abdul Hadi untuk memberi penjelasan lanjut dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama, mustahil Abdul Hadi akan mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, justeru mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan idea berkenaan.

‘‘Datuk Seri (Abdul Hadi) adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama. Beliau berkelayakan untuk melontarkan apa jua idea yang mampu memberi manfaat kepada agama, rakyat dan negara.

‘‘Cetusan idea kerajaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan bersandarkan nas serta dalil di dalam Islam. Mustahil Datuk Seri akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan.

‘‘Sehubungan itu jika hendak dibahas sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang berhubung idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi.

Idea itu pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara.

Nasrudin berkata, pemimpin pakatan pembangkang juga harus sedar selama ini Pas sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas semangat setia kawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menjawab satu soalan, Nasrudin mengakui, perbahasan secara emosi dan sentimen peribadi boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif.

‘‘Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebut, idea kerajaan perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa Pas menyertai UMNO.

“Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak akan ada pemimpin dalam Pas akan berbuat demikian.

Kerajaan Perpaduan: PAS belum bincang ‘masak’ – Presiden
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

“Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh,” katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bila kena asak, mulai patah balik. Mana satu betul, mana satu bohong! Yang jelasnya adalah pembohongan telah berlaku. Biasanya media yang akan jadi mangsa dan akhir sekali pertanyaan saya ialah Siapa kita perlu wala’, taat dan berbagai lagi!

Berita lain:
Waduh – Karpal pula minta Presiden PAS minta maaf

7 Respons

  1. Pade doh jd lagu ni..Hok xdok gapo wak tubik isu..Bilo ore sumo pning mula nk sruh snyap plok..Bilo2 nk kecek mikir dlu,bkn kecek dlu bru nk mikir,supo basuh berok dlu la bru berok..Napok jlas loni tok gru nik aziz jah amanah pgang janji..

  2. Muktamar Menolak Kepimpinan Nik Aziz

    Di antara calon-calon daripada Kelantan yang bertanding dalam Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini ialah Husam Musa (untuk jawatan Timbalan Presiden), Nik Mohd Amar (untuk jawatan Naib Presiden), Takiyudin, Anuar Tan, Wan Abd Rahim, Abd Halim Abd Rahman (untuk jawatan AJK Pusat). Keputusannya, semua nama yang disebut tadi telah tewas bagi jawatan-jawatan yang mereka tandingi kecuali Kamarudin Jaafar yang memenangi jawatan AJK Pusat mungkin kerana beliau tidak sangat dilihat mewakili Kelantan kerana beliau adalah mantan Setiausaha Agung PAS yang lebih bersifat nasional.

    Sebelum Muktamar, Tok Guru Nik Aziz sanggup melanggar janji beliau dengan Tuan Guru Presiden apabila secara terbuka telah menyokong Husam dan berkempen untuk beliau bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden. Tok Guru pernah menyebut bahawa beliau yakin orang yang bersama-sama dengan beliau di Kelantan selama 20 tahun akan menang dalam muktamar nanti (hanya Husam yang bersama beliau selama 20 tahun). Tok Guru juga secara terbuka menyebut bahawa beliau menyokong golongan Erdogan di Malaysia dan kenyataannya itu disiarkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian. Sehinggalah sehari sebelum muktamar, Tok Guru Nik Aziz telah bersetuju menandatangani satu surat pengakuan bahawa beliau akan mengundi Husam keesokan harinya kerana halatuju Husam yang jelas. Kesemuanya itu secara jelas menunjukkan bahawa Husam adalah calon Tok Guru untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.

    Tetapi, impian Tok Guru Nik Aziz untuk melihat anak didiknya menang tidak kesampaian. Husam tewas. Ya, Husam tewas teruk. Perwakilan sudah tidak menghormati pandangan Tok Guru lagi. Perwakilan sudah tidak begitu mempedulikan apa yang Tok Guru nak cakapkan. Perwakilan menolak saranan Tok Guru tentang kewibawaan anak didiknya itu. Untuk menjadikan suasana lebih teruk lagi, perwakilan telah menolak kesemua calon-calon daripada kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz. Melihat kepada situasi itu, boleh juga kita simpulkan bahawa perwakilan muktamar menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

    Kenapakah begitu sekali penolakan perwakilan muktamar terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Apakah mesej yang mereka cuba sampaikan kepada Tok Guru Nik Aziz?

    Mungkinkah perwakilan melihat bahawa Tok Guru Nik Aziz sudah tidak relevan lagi dengan halatuju PAS sekarang ini.
    Mungkinkah perwakilan sudah meluat melihat Tok Guru Nik Aziz selalu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Tuan Guru Presiden.
    Mungkinkah perwakilan ingin menyedarkan Tok Guru Nik Aziz bahawa beliau hanyalah Mursyidul Am parti yang tidak boleh mengeluarkan arahan sesuka hati kerana beliau bukanlah kuasa eksekutif parti seperti yang dimiliki oleh Tuan Guru Presiden.
    Mungkinkah perwakilan sudah bosan melihat Tok Guru Nik Aziz diguna dan diperkudakan oleh Husam dan Anuar Bakri untuk kepentingan politik peribadi mereka.
    Mungkinkah juga perwakilan lebih suka melihat Tok Guru Nik Aziz berehat daripada dunia politik.

    Elok juga sekiranya dicadangkan kepada Tok Guru Nik Aziz supaya mengambil cuti yang panjang untuk berehat dan bermuhasabah dan juga memikirkan hikmah disebalik penolakan perwakilan muktamar ke atas kepimpinan beliau.
    Mungkin sudah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz menumpukan masanya untuk menjaga kesihatan jantungnya. Mungkin juga sudah sampai masa Tok Guru Nik Aziz untuk memberikan lebih masanya kepada keluarga dan anak cucunya.Mungkin juga sudah sampai masanya untuk beliau melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan kerajaan untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih muda dan berkelayakan.

    Fikirlah wahai Tok Guru yang kami sayangi sebelum secubit sisa-sisa hormat yang ada pada perwakilan sekarang ini hilang dan lenyap begitu sahaja. Fikirlah sebelum terlambat…sebelum nasi menjadi bubur.

    http://muktamarpas.blogspot.com/

  3. memer parok virus H1N1 ni..semua orang pening..

  4. wala’ wajib diberi kapada ra’is. ra’is PAS ialah Tuan Guru Presiden.
    TGNA hanyalah Muryidul Am.

  5. Wala’ kepada rais adalah wajib…rais adalah Presiden yg dipilih oleh Ahli2 dlm muktamar…Mursyidul Am bukanlah rais parti..bukan nakhoda PAS..cuba baca balik Perlembangaan PAS…

    dlm isu UG, TGHH tak langgar hukum Allah, bahkan kenapa perlu lawan idea itu…

    mereka yg lawan TGHH atas dasar apa?(pinjam kata2 TGNA)..atas dasar nafsu semata2..nafsu ammarah kpd UMNO? atau ada agenda lain?..cuba fikir sejenak..

    Hujjah tak terima UG hanya marah pada UMNO?..sebab UMNO ni Zalim, rakyat kelantan je tahu keperitannya(kununnya)…oklah..jika itu sbg alasan , kenapa kita menggunakan akhbar, media UMNO serang pemimpin kita????? sepatutnya jgn dekati mereka…sebab depa semua tu musuh abadi(?) PAS…

    so …patut ke kita buat mcm tu..

    Fikir2lah wahai ahli Jamaah..jgn letak nafsu di depan tetapi letaklah Quran dan sunnah didepan kita..

  6. maaflah kalau ada pengikut yg rasa hati…tidak dinafikan haji hadi hebat bab agama.

    tapi…dlm bab politik….terus terang cakap….haji hadi kurang fasih, kurang tajam analisis politiknya….haji hadi lemah dlm bab politik….beliau perlukan pembantu utk membantunya menganalisa sesuatu isu politik semasa.

    that’s why no wonder beliau senang & mudah diperalatkan oleh pembantu2nya yg mempunyai kepentingan peribadi dlm politik.

    tok guru nik aziz berbeza…kerana TGNA bukan sahaja hebat dlm agama, tapi juga hebat dlm politik…beliau tajam bacaan politik, beliau mampu buat analisa politik semasa tanpa bantuan orang lain…begitu juga dgn almarhum ust fadhil noor….beliau juga tajam dlm ilmu politik.

    tidak bermakna orang yg pandai agama pandai politik…tidak jugak orang yg pandai politik pandai agama.

    orang yg pandai kedua-duanya…pandai agama (book smart) & pandai politik (street smart)…boleh dikira dgn jari….dan hari nie…antara tokoh yg memiliki kedua-dua kebolehan ni adalah tok guru nik aziz.

    sokong TGNA!!!

    singkir boneka umNO dlm PAS!!!!

  7. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

    Ertinya:
    Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

    H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: