PAS Pusat kena dengar nasihat Umno Kelantan dan Ketua Pemuda Umno?

UMNO Kelantan kesal dengan sikap pemimpin Pas di negeri ini khususnya Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Aziz yang menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sewajarnya semua pihak menyokong cadangan tersebut kerana ia membawa kebaikan dan mengangkat martabat umat Islam.

Beliau berkata, usaha untuk merapatkan perpaduan di kalangan rakyat di negara ini harus diberi perhatian dan galakan oleh semua pihak terutama pemimpin parti politik.

‘‘Kita dalam apa-apa yang boleh membawa kebaikan patut kita bagi sokongan, apa yang boleh angkat martabat orang Islam dan menyatupadukan orang Melayu patut diberi sokongan.

‘‘Saya kurang faham kenapa ada pihak dalam Pas tidak sukakan perpaduan, bagi saya perpaduan sesama umat Islam itu penting, kita alukan sebarang usaha untuk menyatukan orang Melayu, Islam dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN di Manek Urai Lama di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, UMNO hanya membuka pintu muzakarah untuk Pas dan tidak sepatutnya parti itu dipertanggungjawabkan terhadap krisis yang timbul antara parti dalam pakatan pembangkang.

‘‘Jangan menyalahkan UMNO sekiranya mereka tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan sehingga mengatakan kononnya Pas akan menjadi ‘boneka UMNO’.

‘‘Kita buka pintu untuk bermuzakarah membabitkan isu nasional dan bukannya hanya menyentuh isu orang Melayu sahaja,’’ katanya selepas merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO di sini hari ini.

Jadi hak lebih baik lagi, Tok Pa dan Khairy kata PAS tak payah bertanding di Manek Urai, serah saja kepada Umno/BN supaya jadi anak angkat BN.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perpaduan antara dua parti Melayu yang terbesar di negara ini tidak akan mengancam kaum-kaum lain.

‘‘Sejarah negara ini membuktikan bahawa apabila kaum Melayu bersatu dan mentadbir negara ini, mereka akan menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira kaum dan ajaran agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat PJS8 di sini hari ini.

Berita lain:
Presiden PAS tidak perlu minta maaf – Kamarudin Kachar

Perlu bersemuka BN dan PAS – Muhyiddin

Bekas Presiden Umno pun nak ikut serta perbincangan Kerajaan Perpaduan

2 Respons

  1. TOK PA NAK GAPA GAK………

    SAPA TAK PAYAH PETANDING DI DUIN MANIK URA.

    NAK MENE GITU LALU NAH.

    KITO ORE KELATE LAWE DULU. BARU TAHU.

    HARAP HARAP PAS MENANG.

  2. Tok Pa ni kecek srupo oghe tok ngaji… Kalu doh tahu Isle tu suko ko perpadue, Tok Pa tubek Umno masuklah dale PAH… Guano Tok Pa, mung pehe ko dok???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: