Kerjasama PAS-Umno pula bukan Kerajaan Perpaduan?

KEMASKINI:
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.

Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

“Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden (Bergayut sakan dengan Jubah Presiden).

Kenapa tidak dibawa kepada Mesyuarat Majlis Syura atau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Beriya-iya sungguh nampaknya nak jumpa Najib. Semakin jelas membelakangi Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura.

“Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pagi tadi Najib berkata, beliau tidak menolak sebarang kerjasama dengan PAS yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.

Poster ini ditampal di Restoran Mutiara sebelah Pejabat PAS Kelantan di Kota Bharu - Penarikbeca

Poster ini ditampal di Restoran Mutiara sebelah Pejabat PAS Kelantan di Kota Bharu - Penarikbeca


protes ‘kerajaan perpaduan’
Mengulas lanjut, Nasharudin berkata, isu kerjasama antara Umno dan PAS ini bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana memerlukan penjelasan secara terperinci.


“Ini adalah perkara baru dan perlu diperjelaskan. Kita memberi keutamaan kepada Muktamar (untuk memutuskan), bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan esok atau lusa,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS bukan bermakna PAS akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk ekonomi, politik dan pendidikan.

“Persoalan PAS masuk BN dan Umno tidak pernah ada dalam mana-mana agenda pemimpin PAS, yang ada hanyalah kita tidak menutup ruang kepada sesiapa pun,” katanya.

Katanya, isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Abdul Hadi akan dibincangkan pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini.

Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno, Nasharuddin berkata:

“Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu).”

Advertisements

4 Respons

  1. Salam, dia tiada niat utk bersama dgn UMNO…tapi uG aje..so, patut..clear kan pada wartawan..UG ni adalah kerajaan PAS, PKR, DAP adn BN..bukan dgn UMNO…uts NASA kena jelas kan masa d interview wartawan…dia patut bantah apa yang najib kata..PM kata salah..bukan kerajaan PAS – Umno tapi kerajaan BN + PR..baru gue ingat betul..kena paham..sebab dia perkara yang berbeza..tu…so, utk pimpinan PAS khususnye utz NASA gue ingat dia kena belajar menjawab pertanyaan wartawan..bagi betul..jangan kemudian hari d putar belit olih umno

  2. memang kawe tak faham. ini permainan orang politik, suka sembunyi-sembunyi. tolong jelaskan baik-baik biar oghe semua reti. jaja UG sampai tok guru pun sanggup diperlekehkan. Ingat besar sangatkah demo.
    Lepas ni bo lah beri muka oghe luar tanding di kelantan. buat habis masa tolong mereka ni. Cuba tengok sejarah selama ni… adokah negeri lain beri tempat pada oghe kelate untuk tanding pilihanraya di tempat mereka?
    Nasha tak rungsing lagi lepas ni. UMNO tadahnya macam menatang minyak pernuh. Jadilah menteri dan sedialah hidung kena cucuk…

  3. Kemanakah Haji Hadi ? Ada perjumpaan dalam gelapkah? ( ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan )

    Tak kanlah beliau tidak terfikir ahli Pas sedang panas membincangkan kerajaan perpaduan, ada yang sokong dan ada yang bantah. Bukankah sepatutnya beliau ada dalam negeri untuk sama sama mendengar dan mencari jalan untuk meredakan keadaan.

    Inikah sifat seorang Pemimpin yang baik?

  4. comel hidung demo..serupa pelepah nyior..kure ambo…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: