Pemuda PAS Kelantan minta Pandangan Mursyidul Am PAS dihormati

Dewan Pemuda Pas Kelantan memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Naib Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, idea tersebut tidak dibincangkan dalam kalangan ahli Pas dan menganggapnya sebagai ‘masih tidak masak, tetapi telah dihidangkan’.

Tegasnya, cadangan tersebut mengakibatkan berlaku kekeliruan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli dan pemimpin Pas serta pakatan pembangkang.

“Pendirian ini perlu dihormati dan diterima oleh semua pemimpin Pas kerana beliau adalah Mursyidul Am parti.

“Pandangan beliau bukan sekadar berasaskan ilmu yang ada, tetapi selepas melalui pengalaman politik yang panjang dengan UMNO sebelum ini,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilaporkan sebagai berkata, melalui konsep itu semua pemimpin perlu menolak sentimen parti politik masing-masing dan bersatu dalam membangunkan negara.

Berita lain:
Manik Urai: PAS tarik sokongan pengundi berlandaskan Undang-undang dan peraturan – Nik Amar


Idea tersebut bagaimanapun ditentang keras oleh Nik Abdul Aziz yang turut membidas dan menggelar mana-mana pemimpin Pas yang bersetuju dengan penubuhan itu sebagai ‘boneka UMNO’.

Hisham yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Tanah Merah (DPPTM) kesal apabila masih ada pemimpin di dalam parti itu yang mengambil ringan pendirian Nik Abdul Aziz.

“Ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah jemaah Islam sebab itu, DPPTM mengingatkan kepada semua pihak supaya pendirian tersebut diletakkan di tempat yang sepatutnya,” tambahnya.

2 Respons

  1. 14 Jun 2009
    Pohon Sembah Derhaka

    Membaca sekali lagi komen YAB TGNA tentang kerajaan perpaduan melalui Malaysiaikini.com beberapa persoalan timbul dalam benak dan pemikiran ini, perkara ini meracau-racau bukan setakat hari ini tetapi ianya bermula daripada selepas muktamar baru-baru ini. Meracau-racau bukan kerana apa, meracau-racau kerana ianya-tidak serupa dengan apa yang ajar kepada kita, tidak serupa dengan apa yang di tarbiyyahkan kepada kita dan tidak serupa dengan yang di taklimatkan kepada kita.
    Selepas muktamar yang lalu ,terbaca kenyataan 2 orang Naib Presiden yang baru di pilih YB sallahuddin dan Yb Mahfuz berkenaan dengan perlantikan YB Husam dan Mad Sabu ke dalam Dewan Harian PAS Pusat, hairannya ialah mengapa orang yanga ada access dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mencadangkan perkara itu melalui akhbar, menjadikan ahkbar sebagai tempat pertama untuk mengemukakan cadangan, lain la kalau kita tiada access dan bukan ahli mesyuarat, kekadang tertanya-tanya kenapa di buat macama ni…ke YB Salahuddin dan Yb Mahfuz nak isytihar kepada Yb Husam bahawa dia penyokong dan pembela Yb Husam…dan kenyataan akhbar itu sebagai bukti kepada Husam? Atau macamana? Sampai sekarang saya masih lagi bingung memikirkannya dan masih belum ada jawapannya..kenapa? kita di ajar oleh pimpinan sejak dari dahulu bahawa media arus perdana musuh kita, menyeleweng dan berniat jahat kepada kita, tapi malangnya media ini menjadi ‘telinga pertama’ mendengar cadangan-cadangan kita yang sepatutnya kita boleh cadangkan sendiri dalam mesyuarat.
    Begitujuga kenyataan YAB TGNA, bukan mahu mentakwilkan apa-apa..Cuma perlu juga kita ingat beliau bukannya maksum, dan amaran tentang penasihat-penasihat yang menyesatkan juga telah di keluarkan oleh anaknya. Menggambarkan kepada kita bahawa Majlis Syura Ulama belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengannya, yang ada hanyalah kenyataan Mursyidul Am yang mempengerusikan Majlis Syura Ulama’, ahli mahu mendengar macamana keputusan Majlis Syura Ulama’, secara ijma’, kerana apa yang di lihat pada hari ini, dan kita semua pun tak reti dah nak fikir…Presiden sejak belum muktamar lagi telah tarik balik idea dia ni, Timbalan Presiden tak mahu bincang lagi perkara ini dan tak nak cakap perkara ini dan tegaskan tidak ada apa-apa hasrat untuk bawak PAS ke dalam UMNO atau BN…TUTUP KES. Tapi mengapa Mursyidul Am masih lagi bersuara? Apa yang di mahukan oleh Mursyidul Am. Dan mengapa masih lagi menggunakan media sebagai tempat untuk menyatakan itu dan ini mengenai pendiriannya. SAYA DENGAN RASA RENDAH HATI MEMOHON KEPADA YAB TUAN GURU DATO’ MURSYIDUL AM MEMANGGIL MESYUARAT MAJLIS SYURA ULAMA’ PAS DAN MENGELUARKAN KENYATAAN MELALUI NYA DAN BUKAN MELALUI MEDIA….KERANA IA MENGELIRUKAN AHLI

    POHON SEMBAH DERHAKA

    Dicatat oleh zahidyusof di 10:47

  2. salam,

    kenapa saudara mahu meletakkan kesalahan ini kpd Murshidul Am? sepatutnya orang yg memberi idea yg lontarkan ideanya dlm mesyuarat. patut kalu Us Nasa nak sgt krjaan perpaduan nih, dia bentang dlm mesyuarat AJK PAS PUSAT. Pastu baru bawak ke majlis syura. apela nta nih.. lagi satu sape yg start dulu mainkan isu nih kpd media? dah la tuh, Mustapha ali dah ckp cukup. xpayah bercakap lagi isu nih. tup2 timb. pres lak bercakap. hai kang kalo ckp tak reti bahasa dituduh tak walak pulak. pening2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: