Tok Guru Nik Aziz minta Ustaz Nasha lepaskan jawatan jika teruskan agenda Kerajaan Perpaduan

KEMASKINI:

Komen MP PAS:

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

poster boneka umno

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh “boneka Umno” untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh PAS.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS di Kelantan telah menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008.


Katanya PAS dan pakatan pembangkang kini telah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung satu laporan pada 15 Jun lepas yang memetik beliau sebagai berkata bahawa “nasihatnya mesti didengar”.

“Saya nafi sekeras-kerasnya penggunaan “mesti”. Semuanya itu selain daripada pembohongan adalah hasutan untuk menghina saya, supaya masyarakat dan mufti benci kepada saya.

“Saya sangat dukacita dan malu sampai dikerah mufti untuk membincangkan kenyataan saya,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau telah melantik peguam untuk mengambil tindakan itu. – mstar

7 Respons

  1. Petikan statement TGNA :

    Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.

    “Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya.

    Salam,

    Cube check balik statement TGNA tu. Bukankah statement ini menunjukkan yang TGNA setuju UG dengan bersyarat? Ana nampak TGNA seakan setuju dgn UG tetapi oleh kerana kerja-kerja bodoh masih ada, maka TGNA terus menerus mendapat maklumat salah tentang apa maknanya UG.

    Subhanallah, Allah itu Maha Kaya. Manusia diuji dgn bermacam-macam. Ada yang diuji dgn ilmunya, ada yg diuji dgn hartanya bahkan ada yang diuji dgn kejahilannya.

    Sebagai pendokong PAS, ana gusar dgn politik dalaman yang berlaku tetapi ana yakin, Allah akan menjaga jemaah PAS. Bersabarlah mereka yang dihina, usah takut dgn celaan org yang mencela. Sesungguhnya dalam perjuangn Islam, ada lima macam halangan dan cabaran yang akan dihadapi oleh pendokong jemaan Islam dan diantaranya isalah cabaran dari Orang Mukmin yang dengki kepadanya. Bacalah Kitab Bahtera Penyelamat karangan Almarhum Sheikh Fathi Yakan yang wafat beberapa hari lepas.

    Dan sebagai ahli bahawan, takziah ana ucapkan kepada pimpinan yang dihina dan dicerca. Jika anda berpaksikan kebenaran, yakinlah pertolongan Allah itu amatlah dekat. Wallahua’lam.

  2. Tok Guru Nik Aziz juga terpalit sama masuk perangkap UMNO melalui media.

    Aku bersetuju dengan cadangan kawan-kawan jika kamu berbalah kembalikan kepada Al-Quran dan Hadis bukan kepada Media.

  3. ambo ingat YB mano sebelah Dr. Mujahid dale video tu….rupa sahabat ambo…

  4. ambo duk sko lmo dh tok guru x sdap hati dgn nasa…hari ni bru butir molek…tp tok guru ni bijok.,main slakoh2 wi nasihat…napok x dgr jugok bru keras skit.ambo skong knyataan tok guru.ambo ore klate ttap duk alik blake tok guru

  5. Ambo pun sokong tok guru 100%. Di opis ambo la ni, doh ramai ore bukan islam yg x berapa puas hati dengan perkara ni. Tok guru marah melalui media sebab tok guru nak tunjuk kepada penyokong bukan islam yg pas ni tetap setia bersama pr.

  6. Mungkin ramai yang belum/tidak memahami apakah Kerajaan Perpaduan (bukan parti perpaduan). Tuan Guru Presiden menawarkan kerajaan perpaduan apabila PAS mampu memerintah (cek semula ucapan TG.Presiden di muktamar). artinya bukanya sekarang. Penjelasan Ust Harun Taib (lihat Sinar Harian Edisi Timur 18 jun 09 ) mengenai UG adalah jelas dan selari dengan pandangan TGNA. (UG bukannya perpaduan dgn umno tetapi melibatkan semua parti-parti politik di malaysia dalam membentuk kerajaan).

    Saya raya respon TGNA terhadap Ust. Nasa perlu dilihat semula. Adakah hanya kerana U. Nasa ingin membawa apa yg dinyatakan oleh PM Najib di parlimen kepada TG Presiden dan mesyuarat parti dan parti akan menentukan keputusannya, menjadi satu kesalahan besar?.

    TGNA bebas menyatakan pandangan supaya U. Nasa meletak jawatan jika dirasakan itu dapat menyelesaikan polemik dan mengukuhkan parti. Samalah dgn org lain juga boleh mempertahankan U. Nasa supaya tidak meletak jawatan.

    Adapun cadangan supaya U. Nasa masuk UMNO adalah satu nasihat yang tidak boleh diikuti langsung. Adakah keluar dari jemaah Islam dan menyertai parti sekular dibenarkan oleh syarak. Kalau boleh, tidak ada gunanya kita berkempen & dakwah supaya masyarakat kembali kepada Islam dan bersama dengan PAS, sedangkan yg ada seorang /dua itu pun disuruh keluar parti. Bahkan kita berkerja keras juga supaya masyarakat bukan Islam turut bersama dengan PAS.

    Apa salahnya, jika betul tindakan U.Nasa satu kesalahan, perkara itu dibincangkan dan dinasihatkan sahaja.
    Apakah pernah Rasulullah saw. menyuruh sahabat keluar dari Islam kerana melakukan kesalahan. Sahabat yg membocorkan rahsia perjalanan tentera Islam dlm peristiwa Fath Makkah, kes Kaab bin Malik dan rakan-rakan yg tidak ikut serta dalam peperangan, peristiwa hadith al ifq dan lain konflik dengan sahabat, tidak pernah pun Rasulullah saw. menyuruh mereka keluar dari Islam atau buang daerah. Hatta orang-orang munafiq yg sememangnya diketahui oleh RAsulullah saw. juga tidak disuruh keluar dari Islam.

    PAS For All

  7. Perpaduan Ahli PAS, UMNO dalam Barisan satu nekmat besar – Nik Aziz

    http://muktamarpas.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan kepada muji Batal balasan