Kelantan tuntut Royalti Petroleum RM1 bilion

Kerajaan negeri menuntut Kerajaan Pusat menjelaskan bayaran tunggakan royalti hasil pengeluara:n petroleum di Kelantan yang kini dianggarkan berjumlah RM1 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini seperti yang sewajarnya.

“Dalam mesyuarat exco hari ini (semalam), Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pusat supaya menjelaskan royalti hasil minyak itu yang tertangguh setakat ini kira-kira RM1 bilion.

“Menjadi harapan rakyat Kelantan supaya bayaran itu dapat dijelaskan berikutan ini tahun keenam sejak Kelantan disenaraikan sebagai pusat pengeluaran petroleum negara selepas Sarawak, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.

Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri tersebut berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data-data yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan negara.

Katanya, sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru sebanyak RM2.7 bilion pada 2008.

Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini, Kerajaan Pusat diharap tidak menghadapi masalah menjelaskan royalti itu kepada rakyat Kelantan.

“Perkara ini baru dibangkitkan kerana perangkaan itu baru diedarkan kepada pegawai kita Mac lalu ketika menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.

“Pelbagai alasan boleh diberikan bagi mengelak menjelaskan bayaran itu tetapi amat memalukan jika Pusat tidak memberikan hak rakyat Kelantan itu,” katanya.

Semetara itu, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah membangkitkan isu tersebut. Video Sidang media YB Saifuddin di bawah.

Advertisements

Satu Respons

  1. Anehnya TV selalu sangat menonjolkan kemiskinan Kelantan, rupa rupanya kerajaan persekutuan berhutang padanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: