Nasharudin menghilang selepas keluar kenyataan?

Kehilangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menimbulkan kontroversi dalam isu kerajaan perpaduan bersama UMNO terus menjadi misteri.

Selepas menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Timbalan Presiden PAS itu terus tidak dapat dihubungi. Panggilan oleh Naib Presiden, Dato’ Mahfuz Omar tidak dijawab, sms kepadanya juga tidak berjawab serta soalan Parlimen yang sepatutnya dikemukakan pada 18 Jun lalu tanpa kehadirannya.

Hari Isnin ini (22 Jun 2009) soalan beliau Kepada Kerajaan disenaraikan sebagai soalan No. 2, juga mungkin tanpa kehadirannya? Lihat aturan mesyuarat di sini.

Mahfuz dan Salahuddin menasihatkan Nasharuddin bertemu dengan Mursyidul Am PAS supaya keadaan dapat diredakan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 47 tahun itu gagal dikesan malah rumahnya di Bukit Mahkota di sini terkunci rapat tanpa penghuni ketika dikunjungi Utusan Malaysia.

Keputusan Nasharudin menyokong idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan mendapat tentangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai ‘sampah’ dalam parti.

Tok Guru Nik Abdul Aziz dilaporkan turut menyarankan agar Nasharudin keluar parti dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu didakwa lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli Pas.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya terhadap saranan Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Najib percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.

Berita lain:
Kerajaan Perpaduan Tidak Baik – Dr M

Tidak logik letak jawatan – Rais

Surat terbuka kepada Presiden PAS

Ciptakan Sejarah di Manek Urai – Timbalan Presiden Umno

Advertisements

3 Respons

  1. Salam,

    Ustaz Nasa, berani kerana benar, takut kerana salah. Tapi jika menyorok itu untuk tidak menimbulkan lagi banyak kecelaruan, ia adalah baik.

  2. Jika tidak kerana Tok Guru Nik aziz pasti aku akan lupakan PAS..biar la aku tiada apa apa parti pun tak apa…terasa PAS dah mula menguncup di hujung perjuangan..kuasa telah jadikan perjuangan PAS hilang pertimbangan..

  3. salam perjuangan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: