Pemangku Raja Kelantan begitu mesra dengan Rakyat

Ampun Tuanku,

Selepas Solat Jumaat Saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk mengambil tiket penerbangan airasia ke KL. Sampai di airpot kelihatan permaidani kuning siap terhampar. Kata pegawai bertugas, Pemangku Raja akan berangkat ke Singapura untuk menziarahi Ayahandanya Tuanku Sultan di Hospital Singapura.

Saya pun menunggu untuk merakamkan peristiwa itu yang saya anggap belum terserempak secara dekat dengan Pemangku Raja yang dulunya digelar Tengku Mahkota Kelantan.

Saya terpegun juga kerana keramahannya ‘bertegur saper’ dengan orang lebih tua yang dikenalinya dan begitu ‘simpel’ walaupun pegawai-pegawai kerajaan yang mengiringinya, semuanya bersegak.

Berita terdahulu:
KOTA BAHARU, 25 Mei (Bernama) — Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sembuh dari kegeringan.

Pengisytiharan yang dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias itu membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Aiseri berkata pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehinggalah Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.


“Hendaklah ada satu Pangkuan Raja di dalam negeri apabila Al-Sultan gering tidak boleh menjalankan hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Petang semalam, Majlis Perajaan Negeri yang mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini telah bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

“Majlis bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris iaitu Tengku Mahkota Kelantan menjadi Pemangku Raja semasa Sultan Kelantan gering,” katanya.

Sultan Kelantan yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas, dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, semalam. — BERNAMA

Advertisements

7 Respons

  1. napok zuhud jah hihih insyaALLAH

  2. ini la pemimpin yang di cari2. jika sesorang pemimpin itu mempunyai ilmu agama maka iallah baik lah pemimpin itu

  3. terharu lihat keramahan dan kemesraan Tuanku bersama rakyat… begitu natural dan ikhlas sekali…

  4. Akum…..hem teruja saya tgk rakaman ni…tg faris petra mmg sentiasa melekat di hati saya n rakan2….maklum le kami memuja baginda sejak zmn kiterang budak2 lagi….ehem ehem….
    Soalan buat Tuanku pemangku raja: bila agaknya akan mengakhiri zmn duda?Patik2 semua ni pun single mingle lagi….hehehe….

  5. alhamdulillah… tenang nya hati melihat pemimpin yang sebegini. tahniah rakyat kelantan. bersyukur kepada Allah.

    p/s. boleh ker saya yang letak youtube nih kat fb saya?

  6. amboooi,syoknya dia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: