Tinjauan persiapan Pilihanraya Kecil Manek Urai (1)

Persiapan rapi telah dirancang oleh PAS Kelantan untuk berdepan dengan Umno/BN di Manek Urai.

Kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Haji Abdul Fatah Haron, Jentera PAS akan berjuang habis-habisan untuk menang walaupun ‘kerajaan perpaduan’ telah dijadikan isu oleh pemimpin Umno.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

Jelasnya, hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

“Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi,” katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

“Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,” katanya ketika dihubungi.

Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

“Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masiang-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.

“Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung,” jelas beliau.

Advertisements

3 Respons

  1. Saya begitu berminat mengikuti perkembangan PRK Manek Urai sejak berita kematian ADUN PAS .PRK kali ini akan menentukan sokongan sebenar pengundi Manek Urai amnya dan pengundi Kelantan khasnya seterusnya akan menjadi landasan untuk mengukur sejauh mana pengaruh parti masing-masing menghadapi PRU akan datang.
    Sebagai seorang yang pernah menjadi Jentera Pilihanraya BN pada pilihanraya yang lalu, saya mengakui kekalahan BN berpunca kepada strategi disaat saat akhir menjelang pilihanraya.Strategi yang dirancang tidak konsisten, Pengarah Jentera Pilihanraya BN pula tidak bersikap kreatif untuk menarik minat pengundi dan berbeda dengan Jentera pilihanraya PAS yang banyak mempergunakan segala sudut taktikal dalam menghadapi pilihanraya..Sikap mesra rakyat BN yang cuba ditunjukkan apabila adanya pilihanraya sudah memualkan. Saya sendiri merasa malu apabila Ketua Penerangan UMNO turun padang menoreh getah di Manek Urai. Tidak ada idea lain ke untuk mendekati pengundi?. Usahlah buat benda-benda yang retorik,kerana kempen sebegini tidak lagi sesuai lagi.Saya tabik kepada Jentera pilihanraya PAS, walaupun tidak berkesempatan mempergunakan kemudahan-kemudahan kerajaan, namum mereka tetap kreaktif. Untuk SPR pula usahlah selalu meminda akta pilihanraya sebaik saja BN tewas dalam setiap pilihanraya ingatlah dunia memerhati tanggungjawab anda mengendali pilihanraya.
    Saya juga bingung dengan sikap SPR yang menetapkan proses pilihanraya dan hari penamaan calun dan juga hari pengundian pada hari bekerja, ianya bertentangan dengan objektif SPR untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi malah SPR menyusahkan pengundi-pengundi luar untuk balik mengundi. Pada pandangan saya, sebelum menetapkan tarikh tersebut, SPR harus memanggil calon-calon parti yang bertanding untuk menetapkan sesuatu tarikh. Tidak ada gunanya SPR melaung-laungkan agar 3 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk mendaftar sekiranya dihari mengundi tarikh yang dikeluarkan untuk mengundi menyusahkan.Ingatlah lebih dari separuh dari pengundi bekerja sendiri.
    Akhir sekali, pada pandangan saya, elok lah BN menarik diri dari bertanding dalam PRK Manek Urai memandangkan situasi semasa memang sukar untuk BN menembusi kubu PAS di Kelantan. Adalah lebih baik kos perbelanjaan pilihanraya tersebut dipergunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah untuk rakyat dalam menghadapi kemelesetan ekonomi.
    Saya walaupun salah seorang penyokong BN ,tabik kepada Dato Wan Rahim Wan Abdullah kerana beliau seorang yang kreatif dalam membuat setiap perancangan dalam pilihanraya

  2. […] Anda geronggang pada Pemangku Raja Kelantan begitu …Roselizin pada Tinjauan persiapan Pilihanraya…Admin pada Nasharudin menghilang selepas …Nujumbelalang pada Nasharudin menghilang selepas […]

  3. BN TENAT, LETAK CALON RASUAH
    Calon BN yang terkenal dengan sikap boros telah diketengahkan untuk menjadi calon PRK M.U.
    Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd. telah ditukarkan ke Jawatan Pengurus Bahagian yang menyebabkan gaji dan elaun beliau berkurang sebanyak separuh. Beliau sering berbelanja melebihi gaji seorang pegawai kerajaan juga dikhuatiri oleh pihak Kesedar terlibat dalam amalan rasuah. Semasa beliau menjadi CEO KPSB, beliau sering membawa pegawai-pegawai yang tidak berkaitan untuk lawatan kononnya untuk mencari pasaran ke Vietnam dan Thailand. Banyak lagi cerita dari sumber yang boleh dipercayai mengenai salahguna kuasa pemberian kontrak dalam KPSB dan penlobian pembekalan baja oleh Tawkey dari Ipoh semasa beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: