Isu Royalti Petroleum: Kerajaan Pusat akan beri penjelasan kepada Rakyat Kelantan

Kerajaan pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Mustapa Mohamed berkata beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan.

“Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion.

Husam mendakwa tunggakan itu sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan pusat bagi membolehkan wang itu disalurkan kepada rakyat negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata ia bukan kali pertama PAS mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, malah pada pilihan raya lepas isu yang sama turut dibangkitkan. – BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: