Kerajaan Perpaduan: PAS akan bincang dengan Pakatan Rakyat – Setiausaha Agung PAS

PAS akan mengadakan siri mesyuarat dengan rakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagi meredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pemimpin parti itu berkata, sekurang-kurangnya empat mesyuarat dijadual diadakan, bermula dengan mesyuarat pertama dengan rakan dalam Pakatan PAS-PKR-DAP di Parlimen pada tengah hari Isnin.

Mesyuarat itu, yang juga yang pertama di kalangan gabungan parti pembangkang selepas Muktamar PAS awal bulan ini, akan menjadi venue bagi parti berkenaan menyatakan pendirian jelas tentang isu perbincangan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.

Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.

“Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar… ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama,” kata Mustafa.

Beliau enggan mendedahkan butiran mengenai mesyuarat itu tetapi sumber dalaman parti menyatakan, mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai bagaimana hendak meredakan keadaan berikutan cadangan kerajaan perpaduan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan yang naik berang dengan perkara itu.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai Umno jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Berita lain:
Kerajaan Perpaduan: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Kecewa

PAS tidak berminat bincang dengan Umno – Mustafa Ali

MCA sokong Kerajaan Perpaduan – Soi Lek

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Kerajaan Perpaduan: PAS akan bincang dengan Pakatan Rakyat … […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: