Tinjauan PRK Manek Urai: Anwar dan Tok Guru Nik Aziz mula kempen (2)

Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif. PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh malam ini (21 Jun 2009).

Ketibaan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut petugas-petugas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan selepas itu ke Kediaman MB Kelantan di JKR 10 menemui Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. [Maaf video ini pendek sahaja, kerana saya terpaksa bergegas ke KL dengan flight yang sama]

Sejurus selepas itu Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam (Tinjauan pertama) menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.

Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai dan menunggu lampu hijau untuk bincang dengan PAS.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok. Baca apa janji kepada penduduk Manek Urai (Ini antara hasil awal kerajaan perpaduan – Undi BN masuk syuga juga)

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal.

3 Respons

  1. i) protect dsai!

    ii) his ‘sham kangaroo trial’ coming up. evil-umno will do anything to stop dsai!

    iii) hidup rakyat!! bubar dun perak!!

    iv) kuburkan umno!

    4RAKYAT

  2. manik urai akan menyaksikan umno akan terkubur sekali lagi.

  3. Calon BN diragui bersih dari rasuah…kenapa kena buang CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd.?Gaji tinggal separuh….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: