Kemelut Isu Kerajaan Perpaduan ditamatkan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharudin, istihar isu kerajaan perpaduan selesai dan tidak lagi berbangkit lagi.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

“Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

“Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai…itu sahaja, tiada lagi komen,” katanya ringkas.

Advertisements

Satu Respons

  1. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk para pendukung kelab penyokong PAS yang setia.

    Sungguh betapa sayu hati melihat keadaan krisis yang agak tegang dan mampu membawa kerosakan kekal pada parti dan jemaah kesayangan kita. Alhamdulillah, nampaknya sudah usailah kemelut yang menyempitkan dada para pendukung semua. Terbuktilah akan sifat seorang Tok Guru dan sifat seorang ayah dalam batang tubuh pemimpin kesayangan kita Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Tuan Guru Nik Mat Alim.

    Sebagai pesanan untuk diri saya dan saudara/sahabat para pendukung semua, jadikanlah ia sebagai pengajaran yang amat berguna. Pengajaran secara khusus kepada Timbalan Presiden, janganlah lagi diulang akan segala perbuatan dan kata-kata yang kurang bahasa ( sombong dan kurang ajar) terhadap pemimpin yang telah terbukti tapak dan bekasnya. Saya secara peribadi tak akan mungkin dapat melupakan kata-kata dan perbuatan kamu, walaupun saya amat sayu dan cuba menerima dengan se-redhanya akan kenyataan dari Tok Guru terhadap anda.

    Maaf andai ada terkasar bahasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: