Kenapa Timbalan Presiden PAS masih tidak hadir Parlimen?

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan di sebalik isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, masih belum muncul di Parlimen. Nasharudin tidak hadir sidang Dewan Rakyat semalam dan hari ini.

Malah, beliau juga tidak kelihatan di bangunan Khamis lalu.

Ahli Parlimen Bachok itu bukan sahaja dinanti-nantikan kehadiran oleh penyokong Barisan Nasional, tetapi juga Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Nasharudin yang mempertahankan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut awal bulan ini hanya menghadiri pertemuan pemimpin kanan PAS dengan Murysidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibu negara petang semalam.

Bagaimanapun beliau tidak hadir mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS yang dipengerusikan oleh Hadi malam tadi.

Usaha menghubungi beliau menerusi panggilan telefon dan SMS juga tidak menemui hasil.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Nasharudin di Parlimen berkata, mungkin beliau memerlukan masa untuk berehat dan menenangkan suasana.

“Ya, beliau tidak hadir semalam dan hari ini. Jika tidak esok atau lusa, pada pandangan saya, saya berharap beliau akan kembali ke Parlimen minggu depan,” katanya.

Ketika ditanya adakah Nasharudin masih tertekan dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak timbul soal tekanan.

Adakah ini sebabnya atau ini sebabnya, atau ini puncanya.


Jelas beliau, keputusan Nik Aziz untuk “turun ke bawah menarik balik segala kenyataannya” mengecam Nasharudin harus diterima dengan baik.

“Ia menunjukkan kemuliaan beliau,” katanya.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, minggu lalu Nik Aziz menggesa Nasharudin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Pertemuan petang semalam berkisar kenyataan Nik Aziz itu.

Ketika ditanya sama ada perkembangan semalam boleh dilihat sebagai usaha kompromi dalam PAS, Mahfuz dan seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub menafikan tanggapan sedemikian.

“Ini bukan soal berkompromi,” kata Mahfuz.

Salahuddin pula berkata, pihaknya menyelesaikan masalah yang wujud dalam semangat kekeluargaan PAS.

“Tidak wujud soal siapa menang, siapa kalah tetapi menyelesaikan isu ini dalam semangat kekeluargaan,” katanya. – mstar

Advertisements

10 Respons

  1. Bagi penyokong PAS di Kelantan, tindakan mulut celupar Nik Aziz memang bagus, terbaik dan tepat. Mudah cakap..lepas geram bila anak didik beliau Husam Musa kalah. Mungkin Nik Aziz malu sebab beliau terang-terang sokong HM dalam pemilihan Timbalan Presiden tetapi perwakilan tidak faham-faham atau buat tak faham. Nampak juga parti PAS bersikap kenegerian, seolah-olah PAS hanya untuk Kelantan sahaja. Beliau ingat orang PAS negeri lain akan ikut beliau. Apakah orang PAS Kedah akan ikut Nik Aziz? Dalam soal ini YB Nasha jadi mangsa, dihalau keluar PAS dan diminta keluar dari Kelantan suruh masuk UMNO sedangkan YB Nasha hanya bersuara mengikut bosnya YB Hj. Hadi. Mungkin Nik Aziz nak marah Hj. Hadi dia takut…nanti kena kafirkan oleh Hj. Hadi baru padan muka. Maka Nasha jadi mangsa atau kambing hitam. Perlu diingat YB Nasha juga seorang lulusan dalam bidang keagamaan dan mempunyai sikap kesabaran yang ada hadnya. Dimanakah maruahnya bila dimarah dan dihalau oleh orang tua. Kalau YB Nasha berpendapat Nik Aziz ialah orang tua nyayuk mungkinlah reda sikit kecil hatinya itu… Mungkin lepas ni YB Nasha betul-betul masuk UMNO bersama Hj. Hadi…siapa tahu. Dalam politik semua boleh jadi.

  2. […] Kenapa Timbalan Presiden PAS masih tidak hadir Parlimen? « jiwo kelate […]

  3. Bor lah tu … benda yg lepah …lepah lah …berbaik sangkalah sesama Islam ….

  4. banyak lagi berita pasal keburukan UMNO yg boleh ditulis.
    tapi anda memilih utk menulis berita yg menjatuhkan pemimpin sendiri.
    dan anda memilih utk memecahbelahkan parti.

    apa masalah kalau ust nasa tak hadir ke parlimen. mungkin dia nak berehat ke….tak sihat ke…nak bercuti ke…. tak bolehkah berbaik sangka?

  5. Tolak gelaran Dato’ …………….

    Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan……ramai orang/ahli PAS marah……sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno…

    Saya mendapat berita…… Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato’ untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie……

    Ini bukan kali pertama rupa2nya….

    Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato’ dari TYT Penang…..

    Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia…… negeri lain yang PAS perintah jangan harap…

    Walaupun sebenarnya ….itulah prinsip beliau kerana…Dato’ tiada membawa apa2 makna di dunia ni…..beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ….kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari “Mardho Tillah…..” bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang…..

    Bak kata Mat Toi juga…….” semua dunia tu…….”

    Prinsip pemimpin PAS lain……ha ha …..saya tahu

  6. SALAM PERDAMAIAN..KITA DOAKAN SEMOGA APA YG BERLAKU DAN MAJLIS SULH DAN KEPUTUSAN KATA SEPAKAT PIMPINAN GERAKAN ISLAM YG KITA SAYANGI MEMBERI LONJAKANDAN MOMENTUM BARU KEPADA PEJUANG2 ISLAM..KITA TENTUNYA SEPAKAT UNTUK TIDAK TERIKUT DENGAN RENTAK MUSUH YG INGINKAN PERTIKAIAN TAK BERKESUDAHAN DLM SAF ISLAMI..APA YG BERLAKU TENTUNYA AMAT MEMATANGKAN GERAKAN ISLAM DALAM MENERUSKAN HALATUJU PERJUANGAN TERUTAMANYA PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN KITA BERDEPAN PRU13 NANTI…KITA PERLU SEPAKAT UNTUK MENGHURMATI KEDUA2 T’GURU YG KITA SAYANGI DAN KITA PERLU AKUR DENGAN KETEGASAN TANDA ISTIQAMAHNYA MURSYIDULAM DALAM MENANGANI ISU INI.KITA PERLU AKUR BACAAN POLITIK NYA MELEPASI KEPENTINGAN PERIBADINYA.TIDAK ADA YG DIFIKIR MELAINKAN TINDAKANNYA HANYA UNTUK KEPENTINGAN DAKWAH DAN JEMAAH YG AMAT DISAYANGINYA.MARILAH KITA MEMBERI SEPENUHNYA TAAT DAN WALA’ KITA PADA ALLAH,RASULNYA DAN PIMPINAN KITA SEMUANYA BERMULA MURSYIDULAM,PRESIDEN DAN SAF TERTINGGI YG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI MANHAJ HAYAHNYA.

  7. salam,
    Selalu kutuk UMNO tak demokrasi,la ni bila TGNA sokong HM tanding TP,kata mcm2lak..tapi bila ada gak ulama/pemimpin atasan sokong nasa terang2,takpe lak…huh..double standard….2×5 5×2 dgn UMNO..patutlah nak runding sgt2 dulu tu..Come on Nasa be gentlemen ,keluarlah dari persembunyian,pergilah ceramah dan bertemu ahli dan parlemen,kankah dah selesai…Nabi SAW lagi teruk kena caci,fitnah sampai nak dibunuh,tabah je…sampaikan isteri(S>Aishah r.a)difitnah sekeji-kejinya…ini kalu setakat orang kata “sampah’ kecil je..

  8. Pening kepala pas celaru,krisis kepimpinan,apa buroknya perpaduan bersama umno jika dibandingkan dap/pkr yang terang2 menolak Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: