Kerajaan Perpaduan: Dewan Ulamak PAS tidak puashati pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat?

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

“Seperti mana kita ketahui cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah membabitkan semua parti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Pas menutup polemik mengenai kerajaan perpaduan apabila Abdul Hadi yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak cadangan itu.

Harun berkata, Dewan Ulama Pas, menghormati keputusan dibuat Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin nombor satu Pas itu.

Beliau berkata, Dewan Ulama Pas menganggap polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah selesai dan tumpuan kini diberikan bagi berdepan dengan Umno pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai. – Berita Harian 24 Jun 2009

14 Respons

  1. Sudah sudahlah dok bercakap pasal UG ni ,
    Tok Guru royat dah Full Stop.
    Siapa makan nangka biar dialah lekat getah..

  2. pemimpin PAS terengganu memang sakit…….

    • Salam,

      sekadar mengingatkan, mengikut anakanda TGNA, Ustaz Nik Abduh dlm kerajaan PAS kelantan ada juga ahli2 yang suka membuat kerja2 BODOH…

      Wassalam

  3. penulis blog ni yg sakit, xabis2 nak timbul isu, sumber pulak dari berita harian..kata boikot, piiirahhhhh mabuk!!!

  4. kalau xnak approve komen aku pun xpa, tp harap hg musahabah diri balik. semoga tidak timbul perpecahan dlm jemaah akibat segelintir blogger spt hg!! amin.

    sekian. wassalam.

  5. Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn….tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam…kita tak kaji…TGHA menjadi mangsa…..sebenarnya idea ini bukan dari TGHA…..2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali….kejap cakap A, kejap cakap B….kejap cakap C….akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

    Kalau kita cakap itu strategi pemimpin…lain kali kita bincang….tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie…..adakah di “plan”kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar…tapi kita check…..Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA …kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan…

    Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri….bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras…jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia…kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi….dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

    Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie…..kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

    Tapi duri dalam daging sebenar…kita kena siasat…bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita….sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita….adakah betul ada atau tidak?….kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang….dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu…..lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir…..kenapa takut? kalau berani kerana benar…muncullah….segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar….berhujah lah dengan kenyataan kebenaran….kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari)…..

    Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS….apa kaitan mereka berdua…..? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

    Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita…(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan….pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia….mereka udah mula “cuak” dengan PAS….”hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang” atas cerita UG ini….

    Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini…..atau ianya di “plan” kan oleh orang luar yang lebih pandai ber “strategik” untuk memporak-perandakan PAS?

    Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut…..?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna….kerana dia …..PAS telah porak peranda sekejap…..?

    Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha….dia kena dan wajib untuk letak jawatan…..demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS….dia boleh jadi ahli biasa….pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula….

    Wallahu A’lam

    Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal……

    Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris….

    Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

    Allahu Akbar, Allhu Akbar, Allahu Akbar

  6. sudahlah tu … nabi pesan kat kita agar jgn kejutkan fitnah dari tidur….seronok ke kalau gaduh2? ….

  7. aku pun pelik juga .. kenapa masih ada org yang seronok kalau ada pergaduhan ? isu UG dah selesai.. masih lagi tak puas hati ?

    • Selesai.. isu UG ni sepatutnya tiada bangkangan dalam PAS kerana ia dibangkitkan pada muktamar tempoh hari, kenapa lps muktamar ahli PAS menentang UG, perlu fikir jika Dewan Ulama tdk puas hati dgn pendirian majlis pimpinan PR, samalah dengan sikap org yng tidak puas hati slps kekalhan dengan di muktamar tempoh hari..

      Wassalam skdr pandangan

  8. Silap tu ketua ulama’,

    gagasan KP ditolak oleh PAS sendiri. Gagasan ini dikemukakan oleh pimpinana Tgganu yang merasakan diri mereka tidak mampu memerintah kembali Terengganu melainkan berpakat dengan UMNO. Gagasan ini ditolak PAS keseluruhannya walaupun ingin dipertahan oleh PAS Tgganu. Usaha meng’hijack’ PAS supaya ikut telunjuk pimpinan Tgganu telah gagal…..buat masa ini.

    Harap semua berwaspada kerana kemungkinan besar akan ditimbulkan kembali. Penyelesaian terbaik, PAS Tgganu buat perpaduan diTgganu dan biar yang lain terus dengan PR. Tapi, tanpa yang lain, mungkin PAS Tgganu tak bernilai bagi UMNO!

  9. Salam.. hal ini menunjukan kredibiliti Presiden PAS seolah diperkotak katik kan oleh sesetengah ahli PAS dek tidak puas hati keran kekalahan baru2 ini. Jelas tindakan membabitkan TGNA seolah menimbulkan kekerohan dlm PAS. Bagi saya, UG @ KP hanya pada peringkat muzakarah, ‘berbincang’, dlm kenyataan Cikgu Pa ianya membabitkan semua parti. Namun kegagalan ahli PAS memahami serta tindakan media arus perdana memainkan sentimen ini membuat keadaan semakin kalut. Dalam islam, tidak salah kita ‘berbincang’ dan berbincang untuk kebaikan adalah amat digalakkan. Yg jelas, UG ni jauh lagi untuk dilasanakan, kenapa perlu ‘ahli PAS’ kalut.

  10. MAJLIS SYURA ULAMA SUDAH TUTUP KES UG .

    APA PASAL GATAL MULUT NAK CAKAP LAGI.

    MACAM NI KE AHLI PAS YANG BERWIBAWA.

  11. Banyak benda yg Dwn Ulama patut buat dari memikirkan UG,suruh ahli bawahan wala’ pd pimpinan dia sendiri xwat gitu..tu tganu tu keje molek2 PRU13 nanti rampas balik dr UMNO,nanti bolihlah jadi MB…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: