Calon PAS boleh bekerja untuk rakyat – Presiden PAS

Ceramah Presiden PAS sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009.

Presiden Ucap 1

Presiden Ucap 2

Presiden Ucap 3

Presiden PAS, Dato’ seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat Kelantan lebih pintar dalam membuat keputusan pilihan raya sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya calon yang ditampilkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang yang dikenali ramai di Manek Urai dan berkeyakinan boleh bekerja untuk rakyat.

“Saya berkeyakinan beliau boleh bekerja untuk rakyat Manek Urai bagi meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham Paksu Wil,” katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Marang melahirkan rasa malu apabila Terengganu kaya dengan hasil minyak membuat stadium yang tidak mampu bertahan lama sehingga boleh runtuh dalam masa setahun.

Menurutnya sebagai rakyat Terengganu beliau merasakan malu dengan apa yang berlaku ke atas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, Umno telah merompak royalti minyak ketika negeri itu diperintah PAS pada 1999 sehingga menafikan hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Sedangkan kata beliau setiap menteri-menteri besar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan di mana apabila terdapat pertemuan minyak dan gas di perairan setiap negeri, mereka akan dibayar royalti sebanyak lima peratus.

Beliau juga memberitahu pernah melihat pelantar minyak di perairan Kelantan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum ini.

IKLAN
hppnk1[1]

Boleh diikuti melalau HARI PELADANG DAN PENTERNAK NEGERI KELANTAN 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: