Debat Tok Guru Nik Aziz-Najib: Pandangan MP PKR

Apa pandangan Ahli Parlimen PKR mengenai Debat Tok Guru Nik Aziz-Najib

Pandangan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin

Pandangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua

Tinjauan dibuat di Lobi Parlimen pada 29 Jun 2009.

Debat terbuka cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah perkara membuang masa sebaliknya debat itu adalah satu keikhlasan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara Pas dan UMNO.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan debat itu membuang masa, tidak wajar dan tidak berfaedah sepatutnya tidak timbul kerana Nik Abdul Aziz cuba mencari penyelesaian kemelut politik antara parti berkenaan dan cara debat terbuka itulah yang dicadangkannya.

Menurutnya, jika istilah buang masa menjadi topik utama, ini bermakna, sidang parlimen sebegini juga dianggap sebagai buang masa.


“Jika mereka tak terima debat terbuka ini, bermaksud mereka tidak faham dengan sistem demokrasi.

“Sistem demokrasi adalah satu proses yang membenarkan orang awam mengambil bahagian, mendengar dan membuat penilaian. Bagaimana kita ingin bentuk satu gagasan baru, jika tidak ada perdebatan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, cadangan Nik Aziz hanya membuang masa sahaja dan ia tidak wajar serta tidak berfaedah sama sekali kerana beliau yakin debat terbuka itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak.

Tian Chua berkata, sekiranya debat terbuka itu berlangsung, tiada masalah akan timbul sebaliknya jalan penyelesaian akan ditemui di sebalik kemelut politik dua parti besar itu.

“Sekiranya tiada perdebatan, sudah tentu sukar capai muafakat. Kalau tidak ada perdebatan, macam mana kita nak capai muafakat? Mencapai persetujuan? Bila kita debat, kita akan bertemu dengan titik noktahnya,” katanya.
Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

“Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh,” katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

“Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak,” kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

“Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

“Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

“Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata,” ujarnya.

2 Respons

  1. Najib tidak akan berani berdebat kerana dia tahu memang umno parti yang sekular.yang memisahkam agama dengan politik najib tau dia memang tak mampu membalas hujjah tok guru nik abd aziz

  2. najib dan umno memang penakut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: