Umno takut berdebat dan tidak berfaedah kepada Umno

Cabaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu PAS dan Umno tidak perlu diadakan selagi pemimpin PAS masih berdolak-dalih dalam pelbagai perkara terutama dalam soal kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apaapa keuntungan dan faedah kepada Umno dan rakyat.

“Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.

“Apa yang penting Umno dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manik Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manik Urai di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Semalam Nik Aziz mencabar Najib untuk berdebat yang kononnya bagi menyelesaikan beberapa perkara seperti kerajaan perpaduan dan isu fitnah memfitnah.

Berita lain:
Anwar sokong syor Nik Aziz debat dengan Najib

Manek Urai: Umno calon Tuan Aziz Tuan Mat

Satu Respons

  1. Tiga Abdul – Umno Pemimpin Saugagar penipu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: