ISA: Tahan tanpa bicara …. tak zalim ke

Demonstrasi esok bukan landasan terbaik selesai isu ISA: PM
Demonstrasi yang dirancang beberapa pihak di ibu negara esok bukan landasan terbaik bagi penyelesaian kepada isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, sebentar tadi. – Berita Harian 1 Ogos 2009

Apa lagi cara Datuk Seri! untuk mansuhkan ISA, desakan pinda, desakan mansuhkan undang-undang zalim ini, Datuk Seri buat tak dengar! Nak tunggu rakyat guling BN dalam pilihanraya. Ha Datuk Seri bubar Parlimen sekarang atau cuba bubar DUN Perak dulu.

Baru tahu, rakyat suka Datuk Seri atau tidak.

Menahan makhluk Allah tanpa memberikannya hak untuk hidup sehingga matipun akan menyebabkan orang yang melakukannya dimasukkan ke dalam api neraka, walaupun hanya seekor kucing. Dalam satu hadis, Nabi bersabda bermaksud: ‘Seorang wanita masuk ke dalam api neraka dengan sebab seekor kucing yang ditahan, tidak diberikan makan, minum sehingga mati. Kalau dia lepaskan kucing itu tentulah binatang itu boleh mencari makan sendirian.’

Kalau menahan kucing tanpa sebab pun sehingga mati boleh menyebabkan dihumban ke dalam api neraka, bagaimana dengan menahan orang yang lebih dihormati darah, maruah dan harga dirinya tanpa dihadapkan ke mahkamah terbuka dengan bukti jenayahnya?

Prinsip undang-undang Islam jelas: ‘Bukti keterangan dikenakan ke atas orang yang menuduh atau mendakwa sesuatu dan sumpah ke atas orang yang mengingkarinya’

ISA sebenarnya sudah cukup jelas. Akta drakonian yang zalim, diperalatkan pula oleh orang yang zalim, untuk mengekalkan kezalimannya.

Baca: Testimoni anak seorang tahanan ISA,

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Baca lanjut di sini.

Tak zalim lagi, ISA yang memisahkan anak dan bapa, Isteri dan Suami.

Pemuda Gerakan turut hantar memorandum bantah ISA

LIM SI PING/ PEMUDA GERAKAN BANTAHAN ISA
KETUA Pemuda Gerakan, Lim Si Ping (dua dari kiri), berbincang sesuatu dengan pegawai polis ketika hendak menyerah dokumen memorandom bantahan ISA di Istana Negara, petang ini. Foto Berita Harian Online 31 Julai 2009.

KEMASKINI:
Kira-kira 24 jam sebelum dua kumpulan mengadakan perhimpunan pro dan anti-ISA di ibu negara, Pemuda Gerakan telah cuba untuk menyerahkan memorandum memansuhkan akta itu kepada Istana Negara, petang tadi.

Bagaimanapun Istana Negara telah menolak daripada menerima memorandum atas alasan tiada temu janji lebih awal daripada pergerakan tersebut.

Sekumpulan 20 anggota Pemuda Gerakan yang diketuai oleh Ketuanya, Lim Si Pin berkumpul di kawasan Menara MAA dekat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Lim berkata, pihaknya mengambil langkah menyerahkan memorandum memansuhkan ISA hari ini kerana tidak mahu menyertai himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) esok yang dilihat tidak sah.

“Kita tahu bahawa demonstrasi oleh GMI esok adalah haram. Jadi Pemuda Gerakan tidak akan sertai demonstrasi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kata beliau, pihaknya telah berusaha menyerahkan memorandum itu kerana masih menyokong GMI dalam usaha menggesa ISA dimansuhkan. Lim juga menafikan pihaknya menyokong Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya mewakili suara rakyat.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya kami mahu akta ini dikaji atau dimansuhkan. Ini maklum balas yang kami terima daripada rakyat dan wakili apa yang rakyat inginkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Kira-kira 2.30 petang tadi pegawai polis mendekati Lim dan memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan berarak ke Istana Negara, sebaliknya hanya boleh menggunakan kenderaan ke Jalan Istana.

Sebaik sahaja Lim dan rombongannya seramai lima orang tiba, pihak Istana mengatakan bahawa hanya seorang dibenarkan menemui pegawai Istana.

Lim bersetuju dan pergi ke kawasan Istana seorang diri.

Bagaimanapun pegawai istana telah menolak daripada menerima memorandum mereka kerana tiada surat permohonan untuk mengemukakan memorandum, kata Lim.

“Jadi kami akan menghantar permohonan rasmi bagi membolehkan memorandum diterima Yang di-Pertuan Agong kelak,” katanya.

SEMENTARA itu, Polis tidak membuat sebarang tangkapan sehingga kini menjelang perhimpunan kumpulan membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijangka diadakan esok, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman, hari ini.
Teruskan membaca

ADUN PAS Permatang Pasir meninggal dunia Subuh tadi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd. Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan yang Hamdan meninggal dunia, dipercayai kira-kira 6.10 pagi.

Mahfuz dan Anak-anak Allahyarham sempat sembahyang jenazah ke atas Allahyarham sebelum bertolak ke Permatang Pasir.

“Anak Allahyarham memberitahu yang beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi… anaknya kata bila dia bangun dari tidur, ayahnya sudah tiada (meninggal dunia),” katanya ketika dihubungi.

Jenazahnya sedang dibawa ke pejabatnya di Kg. Permatang Pasir, kata Mahfuz.

“Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kg. Permatang Pasir selepas sembahyang Asar (petang ini),” kata beliau lagi.

Hamdan dimasukkan ke IJN Isnin lalu. Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hamdan, 63, menjadi ADUN sejak 1999.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah berkata, PAS sudah kehilangan seorang pemimpin yang sangat memahami perjuangan parti dan kehendak rakyat.

“Ia satu kehilangan besar buat PAS kerana beliau seorang pemimpin yang gigih dan komited kepada perjuangan parti.

“Malah beliau juga dekat dengan rakyat, sebab itu beliau boleh memenangi kerusi yang ditandingi (Permatang Pasir sejak 1999 hingga kini),” katanya.

Sementara itu, Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah, turut berada di IJN mengucapkan takziah kepada keluarga merasakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham banyak berjasa kepada kawasan Permatang Pasir dan Parlimen Permatang Pauh.

Turut berada di IJN mengucapkan takziah kepada keluarga adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN Pas di negeri ini.

Teruskan membaca

Perhimpunan mansuhkan ISA secara aman, kata Pengerusi GMI

Polis diminta bekerjasama mengawal keselamatan supaya perhimpunan mansuhkan ISA berjalan secara aman, kata Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang medianya petang tadi.

Perhimpunan mansuhkan ISA pada 1 Ogos adalah perhimpunan aman dan dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaa dan diharapkan tidak ada provokasi buruk, kata Syed Ibrahim.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Kamarzaman Mohamad yang juga Setiusaha Dewan Pemuda PAS Pusat sabagai Timbalan Pengarah Program, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Isteri-isteri mangsa ISA.

Sementara itu, Polis bimbang ketegangan akan berlaku di sini Sabtu ini semasa perhimpunan dan perarakan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terdapat unsur provokasi melibatkan kumpulan-kumpulan yang menyokong dan menentang undang-undang itu.

Teruskan membaca

Kedudukan Pelantar Carigali minyak dan gas akan diketahui umum awal Ogos ini

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam Musa berkata, lawatan kerja ke kawasan pelantar minyak dan gas diharap dapat menentukan kedudukan sebenar pelantar carigali minyak dan gas apabila rombongan kerajaan negeri dan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia melawat lokasi berkenaan awal Ogos ini.

Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut pasukan juruukur khas, Adun, media dan nelayan.

“Ini memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed sebelum ini mendakwa pelantar terbabit terletak di kawasan tuntutan bertindih di bawah perjanjian antarabangsa membabitkan Malaysia, Thailand dan Vietnam.

“Jadi kita akan buktikan pelantar dimaksudkan masih dalam kawasan perairan Kelantan walau pun mungkin bertindih dengan Thailand,” katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Husam berkata, kalau lokasi pelantar bertindih di antara Kelantan dan Thailand bermakna negeri ini berhak ke atas royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus setahun seperti ditetapkan Petronas.

“Adalah tidak berbangkit Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum sebagaimana negeri-negeri lain termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Jadi lawatan tersebut akan membuktikan apa yang didakwa oleh Dato’ Mustapa itu tidak benar dan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti di bawah semangat federalisme,” ujarnya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai sebelum ini tidak mahu PAS mempolitikkan isu royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih.

Beliau juga berkata, Petronas tidak memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam seperti diarah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya di Manek Urai baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan ucapan banyak terima kepada sokongan banyak pihak untuk membolehkan Kelantan menuntut royalti terbabit.

Antaranya, Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjelaskan Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai antara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 juga menyatakan perjanjian-perjanjian sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini menandatangani perjanjian dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber petroleum untuk memberi hak mendapat royalti lima peratus setahun sama ada di daratan atau lautan.

Pemimpin Umno juga mendakwa Kelantan tidak berhak terhadap minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri ini.

Sedangkan amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak biar pun pelantar berada lebih 200 kilometer dari pantai negeri terbabit.

Kelantan menuntut Petronas membayar sebanyak RM1 bilion memandangkan carigali minyak dan gas di kawasan PM301 bermula sejak 2004.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia juga menjelaskan nilai pengeluaran kasar industri petroleum pada 2004 di perairan Kelantan, Terengganu dan Sabah berjumlah RM47 bilion.

Penjualan Saham BERNAS kepada Firma Hong Kong: Kerajaan perlu perjelas kepada Rakyat

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, hari ini meminta Kerajaan memperjelaskan kepada rakyat mengenai penjualan saham Bernas, kepada firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd.

Merbahaya! Industri strategik negara dikuasai oleh pihak asing. Kerajaan diminta tarik balik AP kepada BERNAS.

Justeru itu demi menjaga masa depan negara, Kerajaan kena ambil alih impot beras, tidak perlu beri kepada syarikat, kata Mahfuz menjawab soalan pada sidang medianya petang di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. yang kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara. (Video sidang media akan menyusul)

Mengikut laporan tersebut, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia baru-baru ini, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Sementara itu, Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) turut membantah dan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mengembalikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang kini dimiliki orang luar ke tangan rakyat Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Gabem akan membuat gesaan bertulis kepada kerajaan supaya kedudukan saham Bernas itu dikaji semula.

”Kalau boleh biar Bernas jadi macam badan korporat di mana sahamnya diapungkan di pasaran jadi komoditi strategik.

”Macam mana kita boleh benarkan sampai 30 peratus komoditi penting seperti makanan harian rakyat Malaysia dikuasai orang luar,” soalnya, lapor Utusan.

Demi kepentingan rakyat dan negara, industri strategik negara termasuk beras mesti dikuasai rakyat negara ini jika tidak dikuasai kerajaanpun.

Hujah ‘Pergi Jahanam Umno’ memang wajar

UMNO terdesak mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana parti itu semakin lemah dan tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Jeffrey Kitingan berkata, atas alasan itu juga UMNO sengaja menyalahtafsirkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konononnya mahu berbaik-baik dengan parti itu.

Menurutnya, Nik Aziz sebenarnya merujuk hubungan baik membabitkan Kerajaan Negeri dan Pusat tetapi pemimpin Barisan Nasional menganggap kenyataan itu lebih kepada kerjasama melibatkan kedua-dua parti itu.

“Nik Aziz hanya jalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau usulkan kesediaan untuk bekerjasama antara dua kerajaan itu kerana Kerajaan Negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu berkenaan perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dan bukannya kerjasama antara Pas dan UMNO.

Dr Jeffrey berkata, cadangan Nik Aziz itu adalah wajar dan bukan berunsurkan politik semata-mata.

Kebetulan petang tadi (29 Julai 2009) saya ke Restoran Haslam bersama Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Bloger Penarikbeca serta seorang tokoh Korporat.

Kemudiannya seorang yang agak berumur menyapa Dato’ Mahfuz mengucapkan tahniah kepadanya. Tahniah apa, tanya Mahfuz. Orang itu berkata, Tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz kerana berani kata kepada umno “Pergi Jahanamlah Umno” sambil merujuk kepada laporan muka depan Utusan hari ini.

Tok Guru tidak akan tarik kenyataannya
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut ‘pergi jahanamlah dengan Umno’ kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

“Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

“Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

… ada lagi selepas ini ….