Pemuda Umno dan Pemuda PAS berunding dalam cerah

KEMASKINI:
Kerajaan Perpaduan ditolak Pakatan Rakyat, Pemuda PAS dengan Pemuda Umno berpakat anjur Wacana Ilmiah. Pengundi Manek Urai akan pening kepala kerana PEMIMPIN di atas duduk berbincang sambil minum kopi, pekerja-pekerja PAS dan Umno berlawan macam nak rak di Manek Urai.

Pemimpin PAS, Mohamad Sabu berlawan walaupun saling ketawa (stail Mat Sabu) dengan Calon Umno/BN di Kedai Kopi, Manek Urai.

Pemimpin PAS, Mohamad Sabu berlawan walaupun saling ketawa (stail Mat Sabu) dengan Calon Umno/BN di Kedai Kopi, Manek Urai.

Ini langkah permulaan yang baik kearah Kerajaan Perpaduan

Dulu semasa pertemuan dalam gelap antara Pemimpin PAS dan Umno apabila didedah sendiri oleh Presiden Umno bahawa pertemuan itu memang, Pemimpin PAS cepat-cepat mengaku memang betul ada pertemuan. Kini apabila Ketua Pemuda Umno sanggup bertemu dalam cerah, tiba-tiba Ketua Pemuda PAS pula sangkal.

TAHNIAH PEMUDA PAS!, PEMUDA DAP KECEWA!

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyambut baik keberanian Dewan Pemuda PAS yang mengajak agar diadakan wacana ilmiah sambil berharap ia akan membawa kepada kerjasama lebih bermakna antara kedua-dua parti kelak.

“Usaha-usaha yang diambil pada masa-masa lalu untuk mengadakan perbincangan antara PAS dan Umno di peringkat pusat telah terjejas kerana pendirian sekutu-sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat,” kata Khairy ketika ditemui di lobi Parlimen.

“Adalah sesuatu yang signifikan mereka mengambil langkah ini,” tambah Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Minggu lalu Pakatan Rakyat telah menolak idea perbincangan kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pagi tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.

Beliau menyerahkan surat jemputan untuk mengadakan wacana itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.

Khairy juga berharap bahawa perbincangan antara kedua-dua parti berkenaan akan menjangkaui isu-isu berkaitan dengan Islam dan kaum Melayu.

Justeru jelas Khairy, beliau juga berharap akan menyertakan pembabitan Pemuda Barisan Nasional.

Malah kata Khairy juga berharap pertemuan dua sayap itu akan membawa kepada perbincangan antara pemimpin-pemimpin pusat kedua-dua parti jika ada keserasian antara Pemuda Umno dan PAS.

”Kita belumpun melalui pertemuan pertama kami, kita akan lihat dulu,” katanya.

Kedua-dua parti akan mewujudkan satu sekretariat untuk menetapkan formatnya selepas pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan bulan ini.

DAP KECEWA

Sementara itu, DAP melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Dewan Pemuda PAS menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah itu yang didakwanya dilakukan tanpa mendapat persetujuan peringkat Pemuda Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, tindakan Pemuda PAS itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat memandangkan Pakatan secara jelas telah menolak sebarang perbincangan berhubung kerajaan perpaduan dengan Umno.

“Saya terkejut dengan wacana ini walaupun PAS mempunyai hak (untuk mengadakannya), sebagai rakan dalam Pakatan, hal ini tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

“Kita sudah tegaskan, kalau mahu berdebat, mengapa hanya melibatkan dua parti. Jika melibatkan Pakatan dan Barisan Nasional, kita alu-alukan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Nasrudin untuk meminta penjelasan, Loke berkata, ia akan dibangkitkan dalam mesyuarat Pemuda Pakatan minggu depan.

“Kita sepatutnya bermesyuarat pada Isnin lalu untuk berbincang mengenai penubuhan Pemuda Pakatan tetapi ia telah dibatalkan dan setahu saya oleh Nasrudin,” katanya. – mstar

6 Respons

  1. Tak baco salah nak baco menyakitkan hati, apo masalah PAS ni sebonanyo? kalau den cakap kasar maap la tapi pemimpin PAS yang ketagih amNO memang memualkan, pado ketuo pemuda PAS jangan menambahkan bonci penyokong la jang.

    Bukak serban masuk amNO laie baik haprak punyo kaki.

  2. dari awal lagi mamat ketua pemuda ni memang jenis dari golongan tak cerdik.Bermula dgn cabar dato Husam supaya lawan Hadi hingga ke hari ini memang sah dah mamat ni jenis bodoh tak boleh diajar..tak cerdik manapun..

    Nak tunggu TGNA sound dan suruh masuk umno pula ke mamat seorang lagi ni..
    Buang je dari jawatan tu , ramai anak muda meluap tengok kebodohannya tu

  3. Salam, nak buik macamana, budak baru belajar politik..org tua pun kena main dgn umno and akbar umno..ni pulok budak-budak..nanti..mulalah keluar hujah macam-macam..oooi lebih baik p dakwah and ke org bawahan aje..wehhh..buang masa aje…p..wacana dgn umno ni…so, lebih baik terangkan islam pada org ramai weeehh..biak p lah umno…klo pingin banget ..masuk aje..umno tu…

  4. bodohlah puak-puak ni, jumpa pemimpin UMNO sampaikan dakwah Islam dan berhujjah pun tak boleh. Faedak gapo dok gi ngepen di Manik Urai, naik turun rumah orang UMNO. Duk cokoh di rumah lah kalau tak leh jumpa dan ngepen UMNO gak. Bodoh la.

  5. Kadang kadang belalang menyangka dirinya helang.
    Peribahas Melayu ada mengatakan pandai tak dapat di ikut, bodoh tak dapat di ajar.

  6. Memangla Islam tidak menutup pintu kpd sesiapa. Tetapi yg nampak beriya-iya sangat tu..kawe rasa timing is not right. Strategi apa pun yg dok galak nak ‘berwacana’ ni aku tak faham. Strategi makan tuan kut.. Rakan2 dlm Pakatan tentu resah meliaht gelagat Pemuda PAS pulak ni (baru2 ni Timb. Presiden sendiri). Lepas PRK Manek Urai ni boleh la kalu nak bercakap dgn UMNO pun. Ada ke UMNO nak dngar pandangan PAS ? (soalan yg patut ditanya). Over the past 50 years, UMNO/BN was so arrogant, that they never heed pas calls, never entertained PAS. So what is the reasons to talk to them now? I simply do not understand.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: