PRK Manek Urai: Calon PAS Pemborong Ikan tidak jual Negeri, tapi ….

Isu Pilihanraya Kecil Manek Urai

Apa kata Presiden PAS

Apa kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar

Pemilihan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah selaku calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Manik Urai bertepatan dengan kriteria dan kehendak akar umbi dpengundi i sana.

Demikian tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Harakah ketika ditemui di Tingkat 14 Bangunan Parlimen pada semalam.

“Pemilihan beliau (Fauzi) ini menepati kehendak iaitu orang yang dipilih dikalangan mereka yang duduk dengan masyarakat bukan orang yang bekerja di pejabat yang hanya bekerja dari pejabat,” katanya sinis.

Ujar Ustaz Hadi lagi, pemilihan Fauzi adalah berdasarkan kehendak semasa, walaupun beliau bukan dikalangan orang yang bekerja di pejabat, tetapi Fauzi menepati kriteria sama seperti bekas wakil rakyat PAS, Ustaz Ismail Yaakob (Pok Su We).


Fauzi juga calon yang telah disepakati oleh PAS Kawasan dan PAS Kelantan yang diyakini mampu menjadi wakil rajyat yang berwibawa, duduk ditengah-tengah masyarakat Manik Urai.

Presiden PAS itu juga mengulangi keyakinan PAS akan menang di Manik Urai berdasarkan kepada perkembangan sokongan semasa.

Namun beliau tetap melahirkan kebimbangan dengan proses pembuangan undi yang jatuh pada hari bekerja yang menyebabkan lebbih 1700 pengundi Manik Urai yang duduk di luar Kelantan untuk pulang.

Sementara itu mengulas mengenai isu cabaran debat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak Ustaz Hadi menegaskan Umno sejak sekian lama (sejak tahun 1984) lagi menolak debat atau yang diumpamakan dengan hal tersebut.

Begitupun Ustaz Hadi lebih selesa jika muzakarah diadakan antara Umno-PAS selain mengajak seluruh NGO atau pertubuhan Islam membincangkan isu-isu yang membabitkan umat Islam.

Advertisements

2 Respons

  1. jadi YB nee biar lah yang faham masalah rakyat…… bukan nak ambil kesempatan kaut kekayaan seperti orang umno

  2. Walaupun calun PAS itu saorang peniaga ikan tapi khidmat nya pada masyarakat amat baik.Inilah yang dikehendaki olih orang ramai.Ini do’akan calun PAS menang.Penduduk Manik Urai takan rugi memilih calun saperti ini.TAKBIR!!.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: