PRK Manek Urai: BN lawan PAS

Sekitar Hari Penamaan calon Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai

Perarakan 1

Perarakan 2

Perarakan 3

Maaf – video amatur yang tidak sempat diedit.

Perarakan Calon PAS dengan dimulai solat Dhuha/Hajat di Masjid Jauhar diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Turut Hadir pada perarakan tersebut. YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, Timbalan Pengerusi DAP, YB Tan Seng Giaw, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan 20,000 Penyokong Pakatan Rakyat. [6 Julai 2009].

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (dua kiri) bersama calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah (dua kanan) di pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil Manek Urai di Sekoleh Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hari ini. -foto mSTAR

Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (dua kiri) bersama calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah (dua kanan) di pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil Manek Urai di Sekoleh Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hari ini. -foto mSTAR

PAS diwakili Mohd. Fauzi Abdullah, 50, manakala BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39


Tuan Aziz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Fauzi pula ialah Bendahari PAS Kuala Krai dan seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Status mereka sama ada layak tanding ataupun sebaliknya disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh sejak Mac 2008.

KOMEN CALON
Tuan Aziz yang ditemui selepas proses penamaan calon selesai berkata, jentera Umno dan BN akan bekerja keras untuk menawan kembali kerusi DUN Manek Urai yang pernah disandang BN selama satu penggal sejak 2004.

“Dari apa yang saya lihat mereka banyak memberi sokongan dan dokongan berterusan. Saya akan memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Ditanya apakah yang dapat beliau janjikan kepada penduduk di Manek Urai sekiranya beliau menang pilihan raya kecil itu nanti, Tuan Aziz berkata: “Manek Urai sebuah penempatan yang berasaskan pertanian.”

“Insya-Allah saya akan cuba usahakan untuk memberi tumpuan kepada sektor ini yang menjadi nadi penduduk kampung.

“Saya akan ikut kempen yang telah disusun oleh BN, namun dalam masa yang sama saya akan turun sendiri dan berjumpa dengan orang kampung untuk mendengar sendiri masalah mereka.

“Insya-Allah penduduk di Manek Urai akan bersama saya,” katanya.

Mengenai strategi BN menarik kembali sokongan pengundi muda untuk menyokong kerajaan Tuan Aziz berkata: “BN telah meletakkan calon muda dalam pilihan raya kecil kali ini.”

“Oleh kerana BN telah mengemukakan calon muda, saya harap mereka (golongan muda) akan beri sokongan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Fauzi pula berkata, PAS tidak akan melanggar peraturan sepanjang tempoh berkempen.

“Sebagai sebuah parti Islam kita akan teruskan usaha kita dan bekerja keras untuk pertahankan kerusi Manek Urai,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai hari pengundian.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

Daripada jumlah itu, 12,197 adalah pengundi Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang.

Penamaan calon telah berlangsung di Dewan Petra Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 di sini.

Sembilan pusat pengundian akan dibuka dengan jumlah saluran mengundi 27 buah dan petugas pilihan raya seramai 497 orang.

Iringan calon PAS diketuai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

Mereka berarak sejauh 2 kilometer dari Masjid al-Jauhar, Guchil dekat sini sejak pukul 7.30 pagi.

Turut sama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden parti, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.

Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini tidak muncul di pusat penamaan calon hari ini.

Semasa berarak ke pusat penamaan calon, para penyokong BN kelihatan begitu bersemangat dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik dan lagu parti manakala penyokong PAS juga tidak kurang bersemangat dengan melaungkan takbir.

Cuaca cerah menjadikan suasana di sekitar kawasan pusat pencalonan lebih meriah.

BANTAHAN
Adnan ketika mengumumkan nama-nama calon berkata, terdapat hanya satu bantahan dikemukakan oleh PAS terhadap Tuan Aziz semasa tempoh bantahan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi.

PAS, katanya, telah meminta Tuan Aziz mengemukakan bukti beliau telah meletak jawatan sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Kesedar dan selepas penjelasan dibuat, bantahan itu ditolak.

Tuan Aziz yang berbaju Melayu putih bersamping merah dan putih, dicadangkan pencalonannya oleh Che Hasan Che Ngah dan disokong oleh Mohd. Zamri Mohd Noor manakala Fauzi yang berpakaian baju Melayu berwarna jingga dicadangkan pencalonannya oleh Idrus Jalal, 69, dan disokong Abdul Halim Hamzah, 47.

LANCAR
Dalam pada itu, Bernama melaporkan proses pencalonan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan penyokong yang mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon, dengan berarak sejauh 2.4 kilometer dari pekarangan bangunan Pejabat Umno Bahagian Kuala Krai di sini sejak pukul 7.20 pagi.

Antara yang turut kelihatan bersama mengiringi calon BN ialah Pengarah Jentera BN Pilihan Raya DUN Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed, ketiga-tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Turut serta ialah para pemimpin parti komponen BN termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: