Dewan Rakyat rehat: MP PAS bersama Masyarakat Kg Temalir

Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Kg Temalir pada 7 Julai 2009

Gotong Royong MP PAS membina rumah baru seorang penduduk (1)

Gotong Royong MP PAS bersama penduduk menyediakan persiapan jamuan bersama penduduki (2)

Gotong royong membina rumah baru salah seorang penduduk daif di Kg Temalir serta melaksanakan kenduri bersempena Perkampongan Ahli Parlimen PAS bersama penduduk kampong. Ahli yang hadir adalah YB Salahuddin Ayub [Kubang Kerian], Dato’ Mahfuz Omar [Pokok Sena], Dr Mohd Hatta Ramli [Kuala Krai sebagai tuan rumah], Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali [Titiwangsa], Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor], Dr Mohd Hayati bin Othman [Pendang], Khalid Samad [Shah Alam], Siti Zailah Mohd yusof [Rantau Panjang], Ustaz Mohd Firdaus Jaafar [Jerai], Ustaz Mohd Nasir Zakaria [Padang Terap], Dr Che Rosli Che Mat [Hulu Langat], Cikgu Che Uda Che Nik [Sik], Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu], Dato abdul Halim Abdul Rahman [Pengkalan Chepa], Ustaz Taib Azamudden Md Taib [Baling] dan Ustaz Muhammad Husin [Pasir Puteh]

Program yang dianjurkan adalah ziarah rumah ke rumah, Motivasi untuk pelajar PMR/SPM disamping menyampaikan sumbangan alatan sekolah, Gotong royong, Pemeriksaan kesihatan, Sukan Bolasepak, Kuliah Maghrib/Subuh serta ceramah mengenai isu-isu di Parlimen. Program Perkampungan Ahli Parlimen PAS diadakan pada 6 Julai di Manek Urai Baru, Kg Temalir 7 Julai dan 8 Julai di Kg Budi (UPU Manjor).

Tinggalkan komen