Abe Uji dan Calon BN bertemu di tempat Kebakaran Rumah Kg Laloh

Kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Laloh pagi ini menemukan calon kedua-dua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai buat pertama kali selepas empat hari membawa haluan sendiri untuk berkempen.

Pertemuan kira-kira 10 minit itu berlangsung dalam suasana yang mesra walaupun kempen pilihan raya semakin sengit.

Mereka tiba di kedai runcit milik pasangan suami isteri, Zawawi Rahman, 42, dan Noor Asiah Ismail, 37, hampir serentak didahului oleh calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah bersama YDP PAS Kawasan Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada pukul 11.45 pagi.

Mohd. Fauzi dan Tuan Aziz masing-masing menyerahkan sumbangan RM1,000 bagi meringankan beban mangsa.

“Saya percaya bantuan kilat ini cukup untuk beliau tampung kehidupan buat sementara waktu. Lain-lain bantuan susulan akan diberikan seperti tempat untuk berniaga,” katanya.

Menurut Noor Asiah, kebakaran itu berpunca daripada api dapur yang digunakannya untuk memanaskan air gula.

Katanya, selepas memasak air gula, dia balik sebentar ke rumahnya di Kampung Pecah Pulai iaitu kira-kira lima kilometer dari kedainya.

“Bila hampir ke rumah, saya nampak asap dari arah kedai, masa itu baru saya teringat pasal air gula yang dimasak.

“Saya berpatah balik tapi kedai sudah habis terbakar, saya rasa kerugian boleh cecah RM5,000,” katanya yang menyewa kedai itu dengan bayaran RM50 sebulan.

Suaminya iaitu Zawawi merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tiada di kedai kerana bertugas mengawal lalu lintas di Kampung Manek Urai Baru.

Zawawi bertugas mengawal satu majlis yang dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dia yang bergegas pulang dilihat gagal mengawal perasaan dan menitiskan air mata melihat kesan kemusnahan kebakaran itu.

Advertisements

Satu Respons

  1. steady abe jo..gud job!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: