Nik Abduh yakin PAS dan Umno bersatu

Berita Harian, 12 julai 2009
Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tegas dan lantang menolak kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, anaknya, Nik Mohamad Abduh sebaliknya mempunyai pendapat berbeza apabila yakin kedua-dua parti itu boleh bersatu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, walaupun mungkin sukar untuk melaksanakannya, beliau yakin matlamat untuk menyatukan Pas dan Umno boleh dicapai.

“Pas dan Umno boleh bersatu tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan (Mufti Perak) Tan Sri Harussani (Zakaria). Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik Melayu tertentu,” katanya yang dipetik daripada blognya.

Penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyaksikan krisis hubungan antara Nik Abdul Aziz dan orang nombor dua parti, Nasharuddin Mat Isa.

Menteri Besar Kelantan itu yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan Timbalan Presiden Pas itu menyokong cadangan berkenaan sebagai sampah.

Malah beberapa penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Nasharuddin daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada Ahli Parlimen Bachok itu.

Nik Mohamad Abduh berkata, walaupun isu perpaduan Islam sering dibincangkan akhir-akhir ini, Pas dan Umno tetap sebagai parti kawan dan lawan.

Katanya, kedua-dua parti itu adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan barat.

“Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua-duanya bersatu dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika bersatu dalam Islam, Allah akan mempertemukan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam,” katanya.

3 Respons

  1. sikap yang menampakkan ‘naive’ atau lebih tepat kebodohan.. yang merasa dirinya terror.

    sangat memalukan keluaganya, rakyat kelantan dan penyokong PAS..

  2. macam cerita katun. macam ini punya cerita hanya elok buat Malaysia Bolehland.
    Mudah sahaja kalau nak, bubarkan sahaja UMNO dan ahli nya masuk PAS. Kalau tak mahu jadi ahli PAS, duduk diam jadi pengundi Bebas.
    Mari wujudkan kumpulan pengundi bebas sebagai satu gerakan untuk menentukan Malaysia maju kehadapan.

  3. […] dalam Umno kata sudah sampai masanya PAS dan Umno bersatu. Begitu juga kenyataan pemimpin muda PAS, Nik Abduh sebelum Pilihanraya kecil Manek Urai lalu yang meramalkan satu masa nanti PAS dan Umno akan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: