Timbalan Presiden PAS ucap ‘TERIMA KASIH’ kepada Jentera Pilihanraya

Pertemuan dengan Petugas di UPU Laloh

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai pagi tadi tetapi mengakui yang beliau telah ‘diminta’ untuk tidak turun berkempen di Manek Urai di sini sebelum ini.

Nasharudin yang sebelum ini menjadi topik ‘hangat’ kempen di Manek Urai mengakhiri tanda tanya tersebut dengan muncul dan menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah dengan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Masjid Sg Peria pukul 8.30 pagi.

Tok Guru Nik Aziz pertengahan bulan lalu ada meminta Nasharudin keluar PAS dan sertai Umno berhubung soal idea kerajaan perpaduan tetapi mereka berdamai kemudiannya.


Ketika ditemui pemberita di luar Masjid Sg Peria, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, beliau berada di Manek Urai hari ini sahaja.

“Saya mungkin tidak dapat memberi ceramah sebab belum sihat sepenuhnya. Saya baru sahaja lepas jalani pembedahan,” katanya. Beliau menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang kelmarin. Nasharudin berada di masjid berkenaan kira-kira sejam.

Timbalan Presiden PAS itu turut mengakui bahawa beliau telah ‘diminta’ untuk tidak turun berkempen di Manek Urai sebelum ini.

“Tapi saya mula berubah hati bila PAS Kelantan mengubah pendirian dan menarik semula larangan tersebut,” katanya.

Sebelum ini PAS Kelantan telah memutuskan untuk tidak ‘mempelawa’ Nasharudin daripada turun berkempen pada pilihan raya kecil di Manek Urai yang sedang berlangsung.

Difahamkan keputusan dicapai pada mesyuarat PAS Negeri Kelantan pada 25 Jun lalu.

2 Respons

  1. tahniah nasharuddin….
    lupakan segala persengketaan
    pilihan raya umu ke 13 nanti
    lupakan lah Bachok…
    ana doakan anta berjaya walau pon di luar Kelantan

  2. harap2nyo ust nasha bleh tanding di kg dio kot..x pun kat bukit mahkota..huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: