PRK Manek Urai: Ahli Parlimen Kuala Krai akui sengit untuk menang

Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui persaingan sengit di Chuchoh Puteri, Laloh dan Manik Urai Lama, kawasan yang dipercayai mempunyai pengundi di atas pagar.

“Toughfight (persaingan sengit),” kata Bendahari PAS itu walaupun optimis partinya mampu mengekalkan Manik Urai yang dimenangi sejak 1959. Kawasan itu pernah jatuh ke tangan BN pada 2004 ketika Ismail Yaakob, yang meninggal dunia 22 Mei lepas, tidak bertanding.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

“Ahli kita sikit tapi penyokong kita ramai,” kata seorang pemimpin PAS tempatan yang optimis pengundi luar kawasan, dianggar lebih 1,000 orang, akan mengundi Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, keduadua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.


Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manek Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai “kota agropolitan”.

Kejutan” PAS dijangka diumumkan Tok Guru MB pagi tadi, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.

“Malam tadi juga menyaksikan penceramah “heavyweight” pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP turun berkempen.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan “status quo” di Manek Urai, 14 Julai ini, atau pengundi membuat pilihan sebaliknya selepas menjadi saksi kepada apa dilakukan parti itu yang memerintah Kelantan, sejak 19 tahun lepas.

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, sebelum inipun mengakui BN memberikan saingan sengit terhadap Pas dalam pilihan raya kecil kali ini sehingga […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: