PRK Manek Urai: Keputusan akan diketahui seawal jam 8.00 malam ini

KEMASKINI:
Proses pengundian bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bermula jam 8 pagi tadi telah tamat jam 5 petang tadi. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa.

1. Hari Mengundi: Suasana di Peti Undi Peria

2. Suasana Hari Mengundi di UPU Sungai Sok

3. Suasana hari Mengundi di UPU Chuchuh Puteri

4. Suasana hari mengundi di UPU Lata Rek

4.1. Calon PAS melawat UPU Lata Rek

4.2. Temubual dengan Wakil Mafrel di UPU Lata Rek

5. Suasana Hari mengundi di UPU Laloh dan Manjor

6. Suasana Hari Mengundi di UPU Manek Urai Baru

7. Suasana Hari mengundi di UPU Manek Urai Lama

8. Suasana Hari mengundi di UPU Temalir

Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

“Kita gembira kerana jumlah yang keluar mengundi amat baik dan melepasi jumlah yang disasarkan. “Peratusan ini adalah antara yang tertinggi dalam pilihan raya kecil di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

5.00 petang: Pusat pengundian ditutup dan bermula proses pengiraan undi. SPR menjangkakan keputusan akan diketahui seawal jam 8 malam.

Peratusan keluar mengundi dalam PRK ini adalah lebih 86 peratus dan mengatasi jangkaan SPR iaitu sebanyak 85 peratus.

Video sepanjang Hari Mengundi akan disiarkan selepas ini.


4.00 petang: Peratus keluar mengundi sehingga jam 4 tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih.

3.40 petang: Sehingga jam 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

3.10 petang: Setakat pukul 2 petang, seramai 9,845 pengundi (80 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka.

2.15 petang: Beberapa pemerhati daripada MAFREL turut hadir di setiap peti undi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

2.00 petang: Tinjauan ke pusat mengundi di SK Sungai Peria mendapati keadaan agak lengang disebabkan pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi. Kesesakan lalulintas yang agak teruk berlaku di Kampung Peria menuju ke Manek Urai baru. Bagaimanapun, pihak polis dapat mengawal lalulintas.

Dilaporkan lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan.

Beberapa orang penyokong di kalangan kedua-dua parti dilaporkan cedera.

1.30 petang: Jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 75 peratus sehingga jam 1.15 petang tadi. SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

12.30 tgh: Semua kenderaan terutamanya yang menggunakan jalan raya Kuala Krai-Gua Musang telah dilencongkan ke jalan-jalan kampung bagi mengurangkan kesesakan.

12.00 tgh: Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68 peratus.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Dato’ Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

11.35 pagi: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: SPR mengesahkan sudah 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

11.15 pagi: SPR mengesahkan sehingga jam 11 pagi tadi sebanyak 40 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

11.00 pagi:Sekumpulan penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR dengan menggunakan pelekat SPR dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Pihak polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan ‘pegawai SPR’ dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.

9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.

9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.

8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.

8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah meninjau di kawasan Peti Undi Peria.

8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.

7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.

Berita sebelum ini
Sembilan pusat pengundian dibuka untuk pilihan raya kecil itu melibatkan 27 saluran dalam proses yang diselia pegawai dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Adnan Hussin, yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai.

Sebahagian besar daripada 12,293 pengundi, kecuali 25 pengundi pos, dijangka keluar awal untuk memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan penyandangnya Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Pengundian akan ditutup pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua sembilan pusat mengundi terbabit.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: