PRK Manek Urai: PAS menang tipis dengan majoriti 65

TERKINI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini

Setakat pukul 8.40 malam, pemimpin-pemimpin PAS termasuk Ahli Jawatankuasanya, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Ahli Parlimen Kuala Selangor sudah mula memasuki pusat penjumlahan undi.

Terdahulu, difahamkan BN memohon diadakan semula pengiraan undi.

Dalam pada itu, setakat pukul 8.20 malam, PAS memperoleh 4,335 undi manakala BN 4,299 undi.

Angkat tidak rasmi Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66
6. Undi pos – ?

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara Tuan Aziz, bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menentang Mohd Fauzi, seorang pemborong ikan.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu.

Berita lanjut akan menyusul.

Advertisements

8 Respons

  1. Assalamualaikum…

    Aku rasa ini ada yg tak kena… ramalan awal menyatakn majoriti mengkat kpd 2k dan keputusan sebenar… byk lari dr bacian ptg td… maybe ado SPR kelong nie.. siasat smp ko lubang cacing la…

    Wassalam

  2. salam,
    ini ujian Allah..lain kali PAS Kelantan jgn Takabur!!! Alhamdulillah Allah masih memberi kemenangan walaupun kecil. pengajaran kena kuatkan jemaah bukannya bergaduh selepas pemilihan. doa tgha dan tgna serta ahli PAS yg istiqamah penyelamat manik urai!!!kpd mereka yg langusng tdk bersandar kpd Allah ini peringatan buat anda!!!

  3. Tahniah Pas Kuala Krai atas bekerja kuat termasuk seluruh anggota PAS semalaysia yang sama-sama bekerja.
    Ana amat bersetuju dengan “nona”. PAS Kelantan jangan takabbur. Kuatkan saf & istiqamah.
    STOP pemimpin Pas di semua peringkat berpuak-puak. Bila puak dulu jatuh, naik puak baru. Puak lama tak beri kerjasama kepada puak baru. Depan YAB Tok Guru, senyum dan tunjuk comel. Belakang Tol Guru masya Allah …………..
    Anggaplah apa yang Allah beri di MU, untuk pakat=pakat semua mahasabah.
    Jangan mahasabah ketika susah, bila menang dan selesa lupa Allah.
    Kesihanilah kepada penyokong PAS yang jati dan ‘atas pagar’ yang masih sayang kepada PAS & Pakatan Rakyat.
    Takbir………. Takbir ……….. Takbir.

  4. kita harus bsyukur pas masih menang wlaupun tipis

  5. ambo setuju dgn nona..sapa ayat walaupun kecil jah. sebenarnya PAS menang tipis ni serupa kalah doh lah.Jgn nak tuduh2 ko ore SPR lahhhhh..ni tiap2 kali kalah ko nak kaloh ko ada la nak tuduh ko SPR buat gotu la goni la…terima la hakikat bahawa ramai doh ore tok sir ko PAS doh loni..Cuma PAS boleh bertahan ko Tok Guru jah lagi..Nati kalu tak dok Tok Guru..PAS di Kelate pun kalah lah…Sebab ore nok ko tok guru dan mempercayai kepada perjuangan tok guru ore lain tu serupa jah dengan UMNO……rumah besar…bini banyak..hidup mewah..kereta banyak..hehehehe

  6. JPN pas kelate keno wat post-mortem cepat..tahniah pas menang walaupun tipis..confirm suka puok UG..pahnie mesti ado hok puji ko puok umno..ni laa ore kato ore kayo lawe nga ore miskin..umno lepar pitis byk mano,pas byk mano..doh laa umno umpan projek juta2..tapi demo x mikir ko pemimpin hok d dunia n akhirat..

  7. Amba setuju dgn pendapat berkecuali. Ramai pemimpin PAS la ni payah baso. Kecek pun tak keleh muka. Tak tau la pasa apa. Kesian ka Tok Guru berjuang mati-matian sampai make pun takde. Anak buah pula dok mikir kepentingan diri masing-masing. Cuba renong-renongkan gapa hak kita buat ka rakyat. Jambatan di Gayong runtuh kos tak sampai rm100 ribu pun takleh nak baiki lagi. tapi kalu buat muga lain buleh. Buat la hak lebih utama dulu hak lain susul kemudian. Kalu saye ke pati baik beringat la ni lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: