PRK Menek Urai: Jambatan RM7 juta atau minta royalti 1.7 billion?

Tazkirah 1 – Dua masa, sebelum matahari terbit dan matahari tenggelam

Tazkirah 2 – Kelantan tutup Kedai Judi,

Tazkirah 3 – Malaikat nampak apa yang diundi. Muhyiddin turun helikopter di Padang Sek Men. Teknik Kuala Krai bawa beg besar …. Isu Pantai Kelantan, Kerajaan Pusat tidak boleh nafi kita ada telaga minyak/gas … dan lain-lain

Tazkirah 4 – Imbau sejarah isu minyak selepas Tok Guru jadi MB Kelantan …… Tok Guru baca doa selepas solat Dhuha … Jangan tukar iman kita dengan RM1, RM2 ….

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam Musa menyampaikan ucapannnya dalam siri program penerangan rumah ke rumah di Kg Sg Peria, PRK Manek Urai. Turut hadir Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Ahmad Awang, YB Ustaz Abd Latif Abd Rahman, yang Dipertua PAS Kuala Krai. [13 Julai 2009]

FAKTA TUNTUTAN HAK ROYALTI
Kita mempunyai fakta bahawa kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Mereka perlu melihat hujah-hujah yang akan diberi kerajaan negeri. Dalam isu minyak ini kita ada tiga agenda, pertamanya ialah menuntut royalti gas dan minyak di tiga kawasan.

Kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand – Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan oleh Parlimen pada 1990.


Akta tersebut menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai. Dalam konteks ini Petronas telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri. Kelantan menyatakan berhak mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, di mana dalam akta itu sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Dan akta tersebut tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Bahkan dalam akta itu mengakui perjanjian yang dibuat sebelum ini adalah terpakai. Jadi perjanjian yang dibuat di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum.

Tidak hadkan jarak pantai
Dalam perjanjian tersebut pengeluaran di dua tempat iaitu onshore dan offshore. Jadi offshore yang digunakan dalam perjanjian itu teritorial zone dan exclusive zone. Jadi offshore ini tidak menghadkan jarak pantai dengan perairan Kelantan.

Jadi offshore itu meliputi jarak yang dekat dan jarak yang jauh. Jadi tidak terbatal hujah yang mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti tersebut kerana jarak di antara pantai Kelantan dengan pelantar ialah jauh. Bahkan dalam praktik amalan Sabah, Terengganu dan Sarawak telaga-telaga mereka juga berada jauh dari pantai, iaitu lebih jauh daripada Kelantan.

Kalau pantai Kelantan dengan JDA ialah 150 km, manakala Sabah pula 210 km tetapi masih lagi layak menerima royalti. Jadi isu jarak dan perairan luar pantai adalah tidak berbangkit.

Kelantan juga menuntut royalti di PM301 kerana berada di perairan Kelantan, pelantar itu akan mulakan pengeluaran pada 2012, jadi kita awal-awal mengetengahkan royalti ini supaya Kelantan tidak terabai menerima bayaran royalti.

Jadi kita mengharapkan juga gas ini didaratkan PM301 di Pantai Bachok. Menteri Besar telah menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican pada empat bulan lalu yang mencadangkan Petronas membangunkan zon khas di Bachok bagi projek Petrokimia.

Kita berharap Petronas boleh bertindak positif berdasarkan kepada cadangan tersebut.

Petronas belum bagi kata putus
Mengenai supply base ini permohonan telah dibuat oleh sebuah syarikat yang telah diluluskan kerajaan Kelantan di Kuala Besar. Jarak aktiviti JDA begitu hampir dengan Kelantan. Saya yakin banyak aktiviti yang diperlukan di sini seperti pembaikan kapal, ‘maintenance’ kapal dan penghantaran makanan. Jadi setakat ini hari ini Petronas belum lagi memberi kata putus.

Kita semua tahu lautan ada tiga kategori yang terlibat iaitu criteria zone ialah 12 batu ke pantai. Dan satu lagi ialah zon eksklusif (EEZ). Dan EEZ ini semuanya ini dalam istilah offshore. Jadi pembahagian kawasan offshore yang menghadkan mana-mana negeri mendapat royalti.

Sebab itu Sabah, Sarawak dan Terengganu telaga mereka berada dalam EEZ tetapi negeri terbabit juga berhak mendapat royalti.

Kemudian kita tuntut royalti di kawasan bertindih dengan Vietnam yang telah memulakan pengeluaran sejak 1997 lagi. Dan kemuncak pengeluaran pada 2004 ialah gas dan minyak. Kemudian kita minta bakal royalti di kawasan PM301 yang akan mula pengeluaran dua tahun akan datang iaitu 2011.

Tetapi kita minta awal supaya dapat ketetapan awal. Kita maklum awal mahu meminta royalti.

Isu kedua yang kita tuntut ialah pendaratan gas dari PM 301 yang begitu hampir dengan laut Kelantan juga perlu didaratkan di Kelantan untuk membolehkan menjana ekonomi bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

Ketiga kita menuntut pusat penghantaran atau dipanggil juga supply base, di mana kerajaan negeri telah menghantar surat permohonan ini dua tahun lebih tetapi sehingga kini Kementerian Kewangan belum meluluskan ‘supply base’ yang akan dibangunkan pihak swasta dan bukan kita minta kerajaan pusat bangunkan.

Kita sendiri yang hendak bangun, cuma kita minta kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Kalau kita ada ‘supply base’ kita boleh membaiki kalau ada kapal yang rosak. Penghantaran barang-barang boleh dibuat di sini.

Peluang jana ekonomi
Jadi ada peluang menjana ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Jadi tiga agenda ini yang kita pohon daripada kerajaan negeri dan Petronas.

Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen telah menyebelahi Kelantan. Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum di Manek Urai, di mana Dato’ Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan.

Dan pada 3 Ogos kita akan satu lawatan bersama kepada kawasan pelantar Cakrawala dan kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut. Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut.

Kerajaan pusat nampaknya mengakui hujah Kelantan adalah sah. Sebab itulah menyuruh Petronas menjawab. Biarpun diminta Petronas menjawab tetapi saya yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas member jawapan politik.

Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan.

Surat kepada Perdana Menteri dihantar sebulan yang lepas dan tiga bulan lepas Menteri Besar menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican mencadangkan pendaratan gas daripada PM301 ke Bachok.

Advertisements

Satu Respons

  1. welldone dato’ husam
    ucapan penuh nasihat yang berguna
    pimpin lah ummah ini kerana Allah SWT
    kamu berkeupayaan melakukannya kerana kamu ada tokoh untuk memimpin rakyat jelata
    ana sentiasa dibelakang kamu selagi kamu tidak derhaka kepada Allah SWT
    andai kamu tergelincir jgn marah kepada org yang menegur kamu kerana sesungguhnya kamu juga manusia…
    Insyaallah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: