Janji Pembangunan pengaruhi pengundi – Tok Guru

KEMASKINI:
video Pengakuan bagi wang – sumber Pinkturtlevideo

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Tok Guru berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manik Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

“Sebagai contoh, janji pembangunan yang dibawa BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya kecil DUN itu, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan memperoleh majoriti 65 undi, berbanding majoriti yang diperoleh penyandang Adun kawasan itu, Allahyarham Ismail Yaakob,60, yang memperoleh majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, seorang pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memperoleh 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Tok Guru Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan “rasuah politik” yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.

“Oleh itu, saya tidak hairan mengapa calon Pas, mendapat majoriti tipis dalam pilihan raya kecil itu berbanding calon Umno,” katanya. Walaupun 19 tahun Pas mentadbir Kelantan, namun bagi Tok Guru Nik Abdul Aziz, kawasan Manek Urai terletak di bawah jagaan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), yang juga sebuah agensi kerajaan pusat.

Katanya secara logik kawasan Manek Urai termasuk dalam kawasan Kesedar dan adalah menjadi kewajipan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh BN melaksanakan projek pembangunan seperti itu. Beliau juga meminta, kerajaan Pusat melaksanakan projek pembinaan jalan baru dan lebih luas yang menghubungkan Kuala Krai Krai-Gua Musang kerana jalan yang ada sekarang sempit dan mengundang banyak kemalangan. – Sumber Berita Harian 16 Julai 2009

Advertisements

Sekalung TAHNIAH kepada Abe Uji dan Jentera Pilihanraya PAS Kelantan

Kenapa PAS menang tipis. Cuba bayangkan Polis pakaian seragam 3,000 anggota. Polis tidak berpakaian seragam tidak diketahui jumlahnya (mengikut maklumat semua jenis SB berada di sana hampir mencecah 3,000 anggota). Pegawai-pegawai KESEDAR dan pejabatnya (gambar Dato’ Pa bersama calon BN dalam sinar Harian Cetak ms K4) di Peria diguna sepenuhnya sebagai Bilik Gerakan BN. Jabatan Penerangan Kelantan kehabisan peruntukan.

Lihat sabotaj yang dilakukan?

Tambah lagi dengan Pegawai dan kakitangan KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan hal ehwal Khas, KADA pun turut bekerja sedangkan Manek Urai adalah bukan kawasannya. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaksa kontraktor bekerja untuk memenangkan Calon BN.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Manek Urai dengan menggunakan Helikopter hampir setiap hari dan sehari sebelum mengundi dikatakan membawa beg hitam yang penuh misteri (lihat video di bawah). Ini semua rakyat nampak dengan jelas.

Cuba bayangkan berapa juta wang Agensi Kerajaan yang digunakannya untuk memenang Calon BN. Semasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu tempohari, Perbelajaan untuk Polis sahaja mencecah RM15 juta wang rakyat. Tidak termasuk agensi lain. Cuba bayangkan.

Bayangkan media elektronik TV1, TV2, TV3 serta media cetak Berita Harian, Utusan Malaysia dan media cetak yang dilesenkan oleh Kerajaan Pusat berperanan sekurang-kurangnya memaparkan perpecahan dan kelemahan PAS serta Kerajaan Kelantan. Berita-berita positif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan hanya disiarkan oleh Harakah, Bloger-bloger yang memberikan khidmat secara percuma.

Risalah-risalah dan beberapa papantanda yang belanjanya besar hampir puluhan ribu juga dan itu sahaja yang termampu dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS dan Pakatan Rakyat hanya ada pentas-pentas ceramah semata-mata. PAS tidak mampu nak melawan jentera BN yang menggunakan sepenuhnya agensi-agensi Kerajaan Pusat, berbanding jentera Pilihanraya PAS yang serba kekurangan itu. PAS hanya ada senjata akhirnya iaitu munajat dan doa, dan benarlah Munajat dan doa kepada Allah jua yang akan menyelamat Kerajaan Tok Guru.

Ini baru dari segi Jentera, tidak ambil kira dari segi ugutan kepada kakitangan kerajaan dan pengundi, sabotaj, provokasi dan lain-lain. Lihat video di atas, apa yang terjadi, hasil daripada provokasi pihak tertentu, penyokong PAS yang hanya ada mulut dipersalahkan, baca di sini dan di berita dibawah:

Ketenangan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sejak 6 Julai lalu tercemar pada hari pengundian semalam apabila berlaku kekecohan akibat provokasi penyokong parti sehingga menyebabkan tiga petugas Barisan Nasional (BN) dan seorang petugas Pas cedera.

Kekecohan bermula jam 12.30 tengah hari selama 15 minit di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Peria.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang meninjau pilihan raya kecil itu, berkata polis mendapati penyokong Pas memulakan provokasi dengan membaling batu ke arah penyokong BN.

“Walaupun keseluruhan pilihan raya berjalan lancar, berlaku pertelingkahan antara penyokong parti di Peria. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis,” katanya. – Berita Harian 15 Julai 2009.

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-kre tvpas

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-krew tvpas

Namun, walaupun jentera kerajaan sepenuhnya digunakan BN, masih tidak mampu menewaskan PAS di Manek Urai. Sekalung tahniah kepada Abe Uji dan Jentera Pilihanraya PAS Kelantan pimpinan Haji Abdul Fatah Haron dan Dato’ Abdul Halim Abdul rahman serta penasihat Jentera, Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Tahniah juga kepada Tok Guru yang seharian bermunajat, berdoa dan bergerak dari rumah ke rumah bagi memastikan kemenangan PAS.

Tahniah juga kepada Jentera Pembantu PAS dari seluruh negara yang dapat pertahankan kemenangan walaupun dengan majoriti tipis.

Akhir sekali tahniah kepada ‘Jentera senyap’ yang tidak ada surat perlantikan yang turut bergerak siang malam tanpa upah.

SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU KEMENANGAN PAS DI MANEK URAI.

Menang tipis! Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai

PAS menang tipis dengan undi majoriti 65. Jangkaan menang lebih daripada daripada 2,000 adalah satu strategi untuk jentera kita bekerja lebih kuat untuk dapat jumlah undi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS, Haji Abdul Fatah Haron.

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-kre tvpas

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-krew tvpas

Mengejutkan! juga kerana PAS dapat bertahan serangan saat-saat akhir jentera BN dengan kekuatan kewangannya. Setengah penganalisis berpendapat, jika ditambah dua tiga hari kempen lagi, kemungkinan besar PAS akan tewas.

Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.

“Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga,” kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.

Kempen saat akhir Umno/BN (politik wang, perkauman dll) berjaya menurunkan jumlah undi yang diperolehi PAS. Walau apapun kita bangga dengan kekuatan pengundi Manek Urai yang kuat ketahanan mereka.

Bagaimanapun PAS Kelantan akan membuat bedah siasat terhadap kemerosotan majoriti yang diperoleh parti kerana hanya mampu menang dengan 65 undi berbanding majoriti 1,352 undi pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau yang menyifatkan kemenangan dengan majoriti tipis adalah sesuatu yang luar biasa, bagaimanapun Pas bagaimanapun berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada parti itu untuk mewakili mereka walaupun undi tipis.

Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.

“Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya.

Husam menolak dakwaan kemunculan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menyebabkan kemerosotan undi yang diperoleh Mohd Fauzi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, sebelum inipun mengakui BN memberikan saingan sengit terhadap Pas dalam pilihan raya kecil kali ini sehingga menyaksikan kemenangan yang dicatatkan oleh parti itu begitu tipis.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Pas perlu membuat bedah siasat bagi mengenal pasti punca parti itu gagal meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar seperti Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sementara itu, Mohd Fauzi menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan kepada perjuangan Islam.

“Saya berterima kasih kepada semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan jentera parti yang bersama dengan saya dalam perjuangan ini.

“Saya berjanji akan memberi khidmat untuk semua rakyat di seluruh Manek Urai,” katanya ringkas selepas diumumkan pemenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N41 Manek Urai, Adnan Husin, pada jam 9.10 malam tadi.