Janji Pembangunan pengaruhi pengundi – Tok Guru

KEMASKINI:
video Pengakuan bagi wang – sumber Pinkturtlevideo

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Tok Guru berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manik Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

“Sebagai contoh, janji pembangunan yang dibawa BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya kecil DUN itu, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan memperoleh majoriti 65 undi, berbanding majoriti yang diperoleh penyandang Adun kawasan itu, Allahyarham Ismail Yaakob,60, yang memperoleh majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, seorang pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memperoleh 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail akibat serangan penyakit jantung pada 22 Mei lalu.

Tok Guru Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan “rasuah politik” yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.

“Oleh itu, saya tidak hairan mengapa calon Pas, mendapat majoriti tipis dalam pilihan raya kecil itu berbanding calon Umno,” katanya. Walaupun 19 tahun Pas mentadbir Kelantan, namun bagi Tok Guru Nik Abdul Aziz, kawasan Manek Urai terletak di bawah jagaan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), yang juga sebuah agensi kerajaan pusat.

Katanya secara logik kawasan Manek Urai termasuk dalam kawasan Kesedar dan adalah menjadi kewajipan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh BN melaksanakan projek pembangunan seperti itu. Beliau juga meminta, kerajaan Pusat melaksanakan projek pembinaan jalan baru dan lebih luas yang menghubungkan Kuala Krai Krai-Gua Musang kerana jalan yang ada sekarang sempit dan mengundang banyak kemalangan. – Sumber Berita Harian 16 Julai 2009

Satu Respons

  1. inilah sandiwara dunia
    duit sudah mengatasi manusia
    sepatutnya manusia yg mengawal duit, ini sudah terbalik duit pulak yg mengawal manusia
    ana perantau juga sejak dari tahun 1990 lagi…
    mengundi tetap balik ke Kok Lanas
    tapi duit minyak kereta tetap guna hak sendiri
    ini lah perjuangan kita kerana Allah SWT
    jgn jadi bangsa yg terlalu mengharap hak org(subsidi dsbnya)
    jgn la kita terlalu memuja duit, menghambat duit sehingga kita lupa pada taraf diri kita, terlalu hina malah lebih hina dari haiwan
    -fikir fikirkan lah wahai sahabat sekalian-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: