Menang tipis! Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai

PAS menang tipis dengan undi majoriti 65. Jangkaan menang lebih daripada daripada 2,000 adalah satu strategi untuk jentera kita bekerja lebih kuat untuk dapat jumlah undi tersebut, kata Pengarah Pilihanraya PAS, Haji Abdul Fatah Haron.

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-kre tvpas

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-krew tvpas

Mengejutkan! juga kerana PAS dapat bertahan serangan saat-saat akhir jentera BN dengan kekuatan kewangannya. Setengah penganalisis berpendapat, jika ditambah dua tiga hari kempen lagi, kemungkinan besar PAS akan tewas.

Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.

“Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga,” kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.

Kempen saat akhir Umno/BN (politik wang, perkauman dll) berjaya menurunkan jumlah undi yang diperolehi PAS. Walau apapun kita bangga dengan kekuatan pengundi Manek Urai yang kuat ketahanan mereka.

Bagaimanapun PAS Kelantan akan membuat bedah siasat terhadap kemerosotan majoriti yang diperoleh parti kerana hanya mampu menang dengan 65 undi berbanding majoriti 1,352 undi pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau yang menyifatkan kemenangan dengan majoriti tipis adalah sesuatu yang luar biasa, bagaimanapun Pas bagaimanapun berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada parti itu untuk mewakili mereka walaupun undi tipis.

Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.

“Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya.

Husam menolak dakwaan kemunculan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menyebabkan kemerosotan undi yang diperoleh Mohd Fauzi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, sebelum inipun mengakui BN memberikan saingan sengit terhadap Pas dalam pilihan raya kecil kali ini sehingga menyaksikan kemenangan yang dicatatkan oleh parti itu begitu tipis.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Pas perlu membuat bedah siasat bagi mengenal pasti punca parti itu gagal meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar seperti Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sementara itu, Mohd Fauzi menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan kepada perjuangan Islam.

“Saya berterima kasih kepada semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan jentera parti yang bersama dengan saya dalam perjuangan ini.

“Saya berjanji akan memberi khidmat untuk semua rakyat di seluruh Manek Urai,” katanya ringkas selepas diumumkan pemenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N41 Manek Urai, Adnan Husin, pada jam 9.10 malam tadi.

Advertisements

5 Respons

  1. alhamdulillah
    ini lah kemanisan dalam perjuangan
    dia saat beroleh kejayaan yang amat membanggakan
    majoriti tu kita letak no 2, yg penting kita beroleh kemenangan.
    walau pon majoriti satu undi, yg menang tetap dikira menang.
    UBN patut tahu kamu sebenarnya diambang kepupusan…
    sekalung tahniah utk Abg Uji
    – takbir-

  2. Tahniah abg uji… Tipis ko, tupus ko.. Pas tetap menang. Pas menang sebagai anak jantan. Turun gelanggang bertarung dengan musuh serba lengkap. Biasala Pilihanraya kecil… Sejarah telah membuktikan. Pilihanraya kecil p.pasir, Pas tewas tapi menang kembali dgn majoriti besar PRU 2008. Yang Penting BERANI turun gelanggang. Menang PULAK tuH!
    Ada orang tak berani tau!

  3. dah menang tu abe uji rajin-rajin jumpa rakyat bagilah ikan free.jumpa rakyat kedai kopi jangan cakap ana nak cepat ikan buruk dalam kereta.peringatan saja.wassalam

  4. YB Ahmad Maslan balik lah ke pontian, tolong orang pontian nyawit pulak.

    Sekarang ni musim buah, malangnya buah-buahan tempatan tak laku. Bagus juga kalau YB tolong jualkan kan… kan ..kan

  5. tahniah…abg uji telah berjaya menjadi adun mu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: