Sekalung TAHNIAH kepada Abe Uji dan Jentera Pilihanraya PAS Kelantan

Kenapa PAS menang tipis. Cuba bayangkan Polis pakaian seragam 3,000 anggota. Polis tidak berpakaian seragam tidak diketahui jumlahnya (mengikut maklumat semua jenis SB berada di sana hampir mencecah 3,000 anggota). Pegawai-pegawai KESEDAR dan pejabatnya (gambar Dato’ Pa bersama calon BN dalam sinar Harian Cetak ms K4) di Peria diguna sepenuhnya sebagai Bilik Gerakan BN. Jabatan Penerangan Kelantan kehabisan peruntukan.

Lihat sabotaj yang dilakukan?

Tambah lagi dengan Pegawai dan kakitangan KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Jabatan hal ehwal Khas, KADA pun turut bekerja sedangkan Manek Urai adalah bukan kawasannya. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaksa kontraktor bekerja untuk memenangkan Calon BN.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Manek Urai dengan menggunakan Helikopter hampir setiap hari dan sehari sebelum mengundi dikatakan membawa beg hitam yang penuh misteri (lihat video di bawah). Ini semua rakyat nampak dengan jelas.

Cuba bayangkan berapa juta wang Agensi Kerajaan yang digunakannya untuk memenang Calon BN. Semasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu tempohari, Perbelajaan untuk Polis sahaja mencecah RM15 juta wang rakyat. Tidak termasuk agensi lain. Cuba bayangkan.

Bayangkan media elektronik TV1, TV2, TV3 serta media cetak Berita Harian, Utusan Malaysia dan media cetak yang dilesenkan oleh Kerajaan Pusat berperanan sekurang-kurangnya memaparkan perpecahan dan kelemahan PAS serta Kerajaan Kelantan. Berita-berita positif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan hanya disiarkan oleh Harakah, Bloger-bloger yang memberikan khidmat secara percuma.

Risalah-risalah dan beberapa papantanda yang belanjanya besar hampir puluhan ribu juga dan itu sahaja yang termampu dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS dan Pakatan Rakyat hanya ada pentas-pentas ceramah semata-mata. PAS tidak mampu nak melawan jentera BN yang menggunakan sepenuhnya agensi-agensi Kerajaan Pusat, berbanding jentera Pilihanraya PAS yang serba kekurangan itu. PAS hanya ada senjata akhirnya iaitu munajat dan doa, dan benarlah Munajat dan doa kepada Allah jua yang akan menyelamat Kerajaan Tok Guru.

Ini baru dari segi Jentera, tidak ambil kira dari segi ugutan kepada kakitangan kerajaan dan pengundi, sabotaj, provokasi dan lain-lain. Lihat video di atas, apa yang terjadi, hasil daripada provokasi pihak tertentu, penyokong PAS yang hanya ada mulut dipersalahkan, baca di sini dan di berita dibawah:

Ketenangan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sejak 6 Julai lalu tercemar pada hari pengundian semalam apabila berlaku kekecohan akibat provokasi penyokong parti sehingga menyebabkan tiga petugas Barisan Nasional (BN) dan seorang petugas Pas cedera.

Kekecohan bermula jam 12.30 tengah hari selama 15 minit di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Peria.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang meninjau pilihan raya kecil itu, berkata polis mendapati penyokong Pas memulakan provokasi dengan membaling batu ke arah penyokong BN.

“Walaupun keseluruhan pilihan raya berjalan lancar, berlaku pertelingkahan antara penyokong parti di Peria. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis,” katanya. – Berita Harian 15 Julai 2009.

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-kre tvpas

Tahniah juga dari krew-krew jiwokelate, krew-krew tvpas

Namun, walaupun jentera kerajaan sepenuhnya digunakan BN, masih tidak mampu menewaskan PAS di Manek Urai. Sekalung tahniah kepada Abe Uji dan Jentera Pilihanraya PAS Kelantan pimpinan Haji Abdul Fatah Haron dan Dato’ Abdul Halim Abdul rahman serta penasihat Jentera, Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Tahniah juga kepada Tok Guru yang seharian bermunajat, berdoa dan bergerak dari rumah ke rumah bagi memastikan kemenangan PAS.

Tahniah juga kepada Jentera Pembantu PAS dari seluruh negara yang dapat pertahankan kemenangan walaupun dengan majoriti tipis.

Akhir sekali tahniah kepada ‘Jentera senyap’ yang tidak ada surat perlantikan yang turut bergerak siang malam tanpa upah.

SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU KEMENANGAN PAS DI MANEK URAI.

Advertisements

5 Respons

  1. Amat mengejutkan bahawa PAS menang dgn majoriti yg tipis sekali
    Bagaimana majoriti 1300 lebih yg dimenangi dlm PRU 12 tahun lepas jatuh mendadak hingga sekadar 65 undi?

    Pemimpin tertinggi PAS disarankan melakukan post mortem secepat mungkin mengenai kemenangan tipis ini walaupun banyak isu berkait dgn negeri digunakan sebagai modal kempen
    (Isu Royalti,Muhyiddin memaki pekerjaan menjual/memborong ikan,UMNO rayu undi)

    Pada pendapat saya,terdapat 3 kemungkinan PAS menang tipis
    1)Penduduk Manik Urai termakan janji manis UMNO termasuk pembinaan jambatan baru
    -memandangkan UMNO menang di Manik Urai Baru/Lama,mereka mesti tunai janji untuk bina jambatan tersebut
    2)Pengaruh Nik Aziz merosot
    -kalau begitu,PAS sudah tidak memegang tampuk pemerintahan selepas PRU 12
    3)Penduduk Manik Urai menolak idea “kerajaan perpaduan”
    -mungkin penduduk Manik Urai ingin menghantar mesej protes kepada Presiden Hadi Awang,timbalan Nasaruddin dan saf kepimpinan baru yg dilantik dlm muktamar lepas bahawa mereka tidak setuju dgn kerajaan perpaduan atau unity talks dgn UMNO
    -selama 19 tahun,Kelantan bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dianiyai oleh kerajaan pusat dgn wang utk pembangunan disekat
    -justeru itu,kerajaan negeri terpaksa berhempas pulas menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat Kelantan sambil terhim[it dgn beban kekurangan bantuan kewangan
    -Rakyat Kelantan tidak akan sekali memaafkan UMNO atas kezaliman terhadap mereka dan Nik Aziz dan ingin menegaskan kepada Hadi dan Nasaruddin bahawa selagi PAS ingin berkhalwat dgn UMNO ,selagi itu kita tidak akan mengundi PAS

    Walaubagaimanapun,tahniah kpd Abe Uji dan jentera PAS dlm memenangi pilihan raya kecil Manik Urai
    InsyaAllah,kekalahan BN akan berterusan hingga ke pilihan raya negeri Sarawak yg akan datang

  2. mesti ada sesuatu yang tak kena ni…pas kena lebih peka

  3. kawasan hulu bleh aaa nk umpan rakyat ngan duit n janji projek juta2..p’raye kecil pum bleh laa sbb sumer fokus kat situ..tggu PRU13 laa..mesti suke puak UG..huh..mesti penat banget jentera PAS n TGNA..tahniah!!! idup PR..

  4. Kalau pilihan raya kecil yg menjadi tumpuan semua pihak termasuk TPM, menteri, timbalan menteri dah berbagai-bagai lagi turun pon UBN kalah, pilihan raya umum ke 13 nanti jangan harap la UBN boleh menang. Bila PRU ke 13 nanti, masing2 jaga tempat sendiri laa….
    Masa tu tahu la langit tu tinggi ke rendah brother!
    – lu pikir la sendiri UBN-

  5. Ada ke kena undi baru boleh buat jambatan! Macam budak2 je
    boleh di gula2 kan! Apa jenis pemimpin macam ni. Nak buat….
    buat je lah! kami ni kan rakyat m”sia jugak. Kata RAKYAT DIDAHULUKAN. Campak je slogan tu……..hipokrik betul!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: