PAS menang, BN Kecewa – Dato’ Husam

KEMASKINI:
Tahniah kepada pengundi Manek Urai

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Barisan Nasional (BN) yang paling kecewa dengan kekalahan tipis parti itu di Manek Urai kerana mereka berani meletakkan calon berikutan yakin mampu merebut kembali kerusi N41 itu.

husam_pc_ “Jika matlamat BN setakat mahu mengurangkan majoriti undi mereka tidak akan bekerja kuat sepanjang kempen pilihan raya itu.

“Pada mulanya kita jangka Pas kalah dalam 200 atau 300 undi tetapi akhirnya kita Berjaya mempertahankan kerusi berkenaan. Tahniah kepada pengundi Manek Urai,” katanya.

Kekecewaan nampak jelas dari kenyataan-kenyataan pemimpin Umno/BN.

Mana tidak kecewa, berapa juta wang Umno/BN, kontraktor-kontraktor dan agensi-agensi kerajaan pusat belanjakan bagi menghadapi Pilihanraya kecil Manek Urai ini. Sebab itu Umno/BN serik untuk memasuki Pilihanraya seperti yang berlaku di Pilihanraya Kecil Penanti tempohari.

Jika inilah hasilnya lebih baik BN tidak payah masuk bertanding. Wang tak habis.

Polis diminta siasat dua petugas Pas cedera di Manek Urai
Sementara itu, Polis diminta menyiasat kejadian dua petugas Pas termasuk seorang Muslimat yang didakwa cedera akibat kejadian kekecohan di pusat pembuangan undi di Manek Urai, Kuala Krai, kelmarin.

Kata Dato’ Husam, pihaknya berharap polis dapat membuat siasatan sama seperti kes dua Puteri UMNO yang cedera akibat kejadian yang sama.

“Muslimat Pas dari Kuala Kangsar, Perak dan seorang petugas lelaki anak tempatan itu turut cedera dalam kekecohan yang berlaku dan dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.

“Kejadian yang membabitkan petugas Pas tidak dilaporkan dalam media padahal peguam kami sudah membuat laporan polis pada jam 3.30 petang kelmarin,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau mendakwa kejadian yang berlaku di pusat pembuangan undi di Manek Urai itu sebenarnya dimulakan oleh penyokong UMNO yang menyebabkan kecederaan dua petugas Pas terbabit.

Menurutnya, keluarga Muslimat Pas berasal dari Kuala Kangsar terbabit sudah mengunjungi Menteri Besar Kelantan pagi semalam berikutan kejadian yang menimpa anak perempuannya itu.

Loceng amaran buat PAS
“Pemimpin PAS perlu sedar bahawa rakyat Kelantan mula menunjukkan protes mereka dan tidak lagi terpengaruh dengan polemik PAS yang menggunakan Islam untuk kepentingan parti,” kata Setiausaha Agung BN Kelantan, Datuk Che Alwi Che Ahmad. – Sinar Harian 16 Julai 2009

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, Mac 2008, berlaku pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir dan BN berjaya menewaskan PAS juga memberi amaran buat PAS kerana perbezaan hanya satu kerusi DUN Kelantan.

Kemudiannya PAS bangkit dan menewaskan BN dalam Pilihanraya umum tersebut. Kali ini BN gagal menewaskan PAS dalam Pilihanraya juga memberi ingatan kepada PAS supaya tidak leka.

Bezanya, semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir, Jentera BN ketika itu diketuai Datuk Annuar Musa berjaya menewaskan PAS, tetapi kali Jentera BN yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed gagal menewaskan PAS.

2 Respons

  1. Salam dato’ husam!
    Bg tau kat UBN dah kalah tu terima aje la…
    Allah SWT dah bezakan undi antara PAS dan UBN sebanyak 65 undi, itulah garis pemisahnya.
    Utk perhatian dato’, cuba la cari duit sikit utk buat jambatan antara manek urai lama dan manek urai baru tu, jgn sampai dia orang nak jambatan sampai sanggup memangkah UBN yg munafik tu
    Dah kamu perintah malaysia, buat aje la jgn ugut rakyat pula bila menang baru nak buat.
    Cukai dengan rakyat kelantan ambik tapi pembangunan utk rakyat kelantan tersekat-sekat..
    Hampeh punya pemimpin UBN ni..
    Faraid jer kekayaan malaysia ni utk kroni kamu wahai pemimpin UBN.

  2. http://www.pemudarurendang.blogspot.com/… umno dah kalah… dah kalah , tak mau ngaku kalah pulak… tak malu,,,, eh3 … ubn mana tau malu… lupa lak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: