Pembantu Exco Selangor ditahan SPRM terbunuh

Teoh Beng Hock, pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong, terbunuh ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pembantu ExcoSel terbunuh

Dia dipercayai terjatuh dari tingkat 20 Plaza Masalam di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi, selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia ditahan oleh SPRM semalam.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo – sebagai saksi kes – selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hanya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor disiasat setakat ini berhubung dakwaan salahguna peruntukan wakil rakyat.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull di sini, hari ini.

Laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik sumber menyebut bahawa SPRM sedang menyiasat lima wakil rakyat di Selangor kerana mengalahgunakan peruntukan wakil rakyat negeri itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: