Umno kalah: Jui Meng letak jawatan Pengerusi MCA Bakri sertai Pembangkang

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang.

Setiausaha MCA Bahagian Bakri, Kelvin Lim berkata, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian tersebut malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan.

“Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini. Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Chua, 64, merupakan pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun. – BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: