Umno Kalah tipis: Keyakinan Rakyat Pulih?

Selepas Umno kalah tipis kepada PAS dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai, di sini diperturunkan kenyataan menyedap hati pimpinan Umno untuk menjadi pengajaran kepada samada Pihak Umno atau PAS.

Kemenangan moral bagi BN
SHARM EL SHEIKH, Mesir 15 Julai – Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyifatkan keputusan di Manek Urai itu sebagai kemenangan moral yang besar kepada BN, Perdana Menteri berkata, satu perubahan besar sudah berlaku di kawasan tersebut.

“Walaupun BN tewas tetapi hanya 65 undi sahaja malah jumlah undi rosak melebihi jumlah undi yang BN kalah. Selanjut baca.

Manek Urai: Petunjuk rakyat mahu perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, memberi petunjuk jelas kepada UMNO dan Pas bahawa rakyat mahukan perpaduan membabitkan dua parti utama orang Melayu itu, walaupun mempunyai falsafah politik berbeza.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor itu telah menyebabkan sokongan pengundi Manek Urai kepada Barisan Nasional (BN) bertambah selain rakyat mula menerima perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya melihat keputusan ini adalah sebagai amaran awal kepada UMNO dan Pas supaya mengetepikan perbezaan falsafah dan ideologi politik, apabila ia berkait dengan kepentingan Islam dan Melayu. Selanjut baca.

Kemenangan tipis PAS tanda rakyat kurang percaya
Kemenangan tipis Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai menunjukkan rakyat negeri Kelantan sudah mula tidak mempercayai perjuangan parti itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keputusan itu juga menunjukkan rakyat negeri itu mula membuka mata kerana jemu dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Pas selama ini. Selanjutnya baca.

UMNO teruskan agenda pembangunan Kelantan
UMNO akan meneruskan agenda pembangunan di Manek Urai dan Kelantan walaupun calonnya tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat namun UMNO akan terus menyediakan bantuan infrastruktur di negeri itu.

”Memang kerajaan membuat janji semasa pilihan raya dan banyak permintaan diterima daripada rakyat dan antaranya (permohonan) bantuan baiki rumah, bantuan kebajikan masyarakat.

”Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) terima banyak permohonan termasuk bina masjid. Saya harap kerajaan timbang beberapa permohonan walaupun bukan semua,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini hari ini. – Selanjutnya baca.

Kekalapan tpis beri isyarat baru kepada PAS
Kekalahan tipis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai memberi isyarat baru kepada Pas bahawa rakyat di negara ini kini menyokong perubahan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, biarpun tewas dengan majoriti 65 undi, perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Najib telah diterima oleh rakyat.

Menurutnya, ia terbukti apabila BN berjaya mengurangkan peratusan undi kemenangan yang diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu. Selanutnya baca.

Pas mengekalkan kerusi DUN Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.

Mohd. Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Ada pihak dalam Umno kata sudah sampai masanya PAS dan Umno bersatu. Begitu juga kenyataan pemimpin muda PAS, Nik Abduh semasa Pilihanraya kecil Manek Urai lalu yang meramalkan satu masa nanti PAS dan Umno akan bersatu.

Sayapun rasa, sudah sampai masanya Nik Abduh sebagai pemimpin akan datang memulakan ‘agenda perpaduan’ ini supaya apa yang diramalkannya itu menjadi kenyataan.

2 Respons

  1. […] pada Sekalung TAHNIAH kepada Abe Uj…helmi pada Janji Pembangunan pengaruhi pe…Umno Kalah tipis: Ke… pada Nik Abduh yakin PAS dan Umno…kemubu pada Menang tipis! Kita bangga deng…hijau […]

  2. pas menang besar… tp kerana umno ni parti politik wang !!! rakyat termakan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: