Keluarga dan penyokong Pembantu Exco Selangor tidak puashati SPRM gagal jaga keselamatan

Penyokong pakatan pembangkang berkumpul di pekarangan Plaza Masalam di sini malam ini sambil menyalakan lilin dan memegang bunga sebagai tanda berkabung berikutan kematian Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, 30.

MENTERI BESAR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama  Exco Kerajaan Selangor serta penyokong berhimpun di pekarangan Plaza Masalam sambil membawa lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut,semalam - Utusan

MENTERI BESAR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco Kerajaan Selangor serta penyokong berhimpun di pekarangan Plaza Masalam sambil membawa lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut,semalam - Utusan

Mereka turut membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa gagal menjaga keselamatan Beng Hock, salah seorang saksi kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkumpul sejak pukul 7 malam dan turut disertai ahli keluarga Beng Hock dan teman wanitanya.

Semasa berkumpul, kumpulan itu melaungkan rasa tidak puas hati atas kejadian yang menimpa Beng Hock dan menyalahkan SPRM serta pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai punca kejadian tersebut.

Mereka juga menyamakan kematian Beng Hock dengan kes kematian S. Kugan, suspek yang mati di dalam lokap polis awal tahun ini.

Sambil berkali-kali menjerit meminta SPRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Beng Hock, kumpulan tersebut bersurai pada pukul 11 malam selepas diarah berbuat demikian oleh pihak polis.

Berita berkaitan:
Kenapa baju terkoyak

Exco tidak puashati

Polis klasifikasi sebagai kematian mengejut

Advertisements

3 Respons

  1. Tu lah nak buat Selangor macam Hong Kong, land of gansterism.

    Nasib baik Dr Zambri amek Perak awal-awal, kalau tak Perak would also be ruled by underworld.

  2. mana komen aku.tolong lah publish

    Nak suruh publishpun biar lah tulisan tu beradap sikit.

  3. JIWO KLATE tolong tuan jangan jadi tali barut DAP. kita blogger islam ada matlamat bukan somborono je. dah tentu apa yang terjadi di selangor kerja gengster selangor. SPRM kalau nak bunuh tak akan campak dibangunan sendiri. mana akal kita yang waras. harap kita henti jadi palaci cina. kepada adun pas selangor apalagi buat sesuatu untuk selamatkan selangor. perjuangan kita berpandukan iman dan akal bukan semata-mata untuk parti. elakkan selangor jadi DARUL GANGSTER.
    Nasib baik Dr Zambri amek Perak awal-awal, kalau tak Perak would also be ruled by GENGSTER.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: