Kerajaan negeri sampai sumbangan kepada pelajar lanjut pelajaran ke Al Azhar

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa menyampaikan sumbangan kepada Pelajar cemerlang, Umar Muhammad Malcolm, 20, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin di Universiti Al Azhar.

Bebanan kewangan yang dihadapi pelajar cemerlang, Umar Muhammad Malcolm, 20 untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir terus mendapat perhatian pelbagai pihak apabila kisahnya disiarkan dalam akhbar ini, Ahad lalu.

“Saya bersyukur selepas tersiar dalam Sinar Harian, ramai insan prihatin sudi memberikan bantuan. Kos tiket ke Mesir sebanyak RM3,500 juga sudah ada hasil sumbangan mereka.

“Impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir tercapai kerana sebelum ini saya buntu kerana tiada sumber kewangan yang cukup untuk belajar di sana dalam Ijazah Usuluddin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, anak ketiga daripada lima beradik itu menerima sumbangan wang tunai RM2,000 dan bakal diberikan bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada kerajaan negeri yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, dia nekad ke Mesir untuk mendapatkan ijazah dalam bidang itu selama empat tahun selepas mendapat galakan daripada ibunya, Nur Asyikin Lee Abdullah, 52.


Katanya, sebelum itu dia menolak tawaran belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan al-Quran dan Sunnah berikutan minat untuk mendapatkan ilmu agama lebih mendalam di Universiti Al-Azhar.

Umar berkata, dia berharap apabila berpeluang ke universiti terkemuka itu impian untuk menjadi seorang pensyarah apabila tamat pelajaran kelak akan tercapai.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri, individu dan mereka yang banyak memberikan bantuan selama ini,” kata bekas pelajar Maahad Muhammadi (Lelaki) itu.

Umar yang tinggal bersama ibunya yang juga mualaf ibu tunggal menghadapi masalah apabila kos pengangkutan dan belajar di Mesir tidak mampu disediakan berikutan tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. – Sinar Harian (Edisi Kelantan) pada 17 Julai 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: