Manek Urai: PAS Menang, Umno kalah

PAS Cawangan Bechah Temalang buat Majlis Kesyukuran
PAS Cawangan Bechah Temalang, Wakaf Bharu bersyukur atas kemenangan PAS dengan majoriti kecil dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai walaupun berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Pusat. Sempena kemenangan itu PAS cawangan menganjurkan majlis kesyukuran ‘makan pulut durian’ pada 15 Julai lalu.

Turut hadir Exco Kerajaan Kelantan, Che Abdullah Md Nawi yang juga ADUN Wakaf Bharu dan juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Tumpat, Mohd Nawawi Adam.

Majlis diadakan bagi meraikan petugas-petugas yang bertugas siang dan malam di Manek Urai baru-baru ini.

Ahli-ahli PAS Cawangan Bechah Temalang diarahkan berdoa supaya meminta pengundi-pengundi ‘asal pakoh bule’ jah, kata Penghulu Mukim Kg Delima yang juga Setiausaha cawangan tersebut.

“Ahli-ahli kami tua-tua, tak larat nak gi Manek Urai, kami hantar lebih kurang lima orang ahli jke sana, jadi kami minta mereka yang tak pergi supaya berdoa jah,” Katanya.

Sebelum itu, Penyokong Pas diminta supaya meraikan kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam dengan bersyukur kepada Allah SWT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai yang baru, Mohd Fauzi Abdullah pada ucapan sulungnya berkata, rasa syukur perlu agar semua pihak yang menyumbang kepada kemenangan itu mendapat keberkatan.

“Saya harap kita semua dapat bersyukur kerana atas limpah dan izin Allah kita memperoleh kemenangan ini,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Pas selepas keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan, di sini semalam.

Pada ucapan itu, Mohd Fauzi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong dan petugas parti itu yang bertungkus-lumus bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

“Walaupun kita ditentang begitu hebat oleh UMNO yang menggunakan seluruh jentera kerajaan tetapi alhamdulillah kita dapat pertahankan DUN Manek Urai yang kita sayangi,” katanya

Pada Pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu, Pas mengekalkan kerusi DUN Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.

Mohd. Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: