BN Kalah: Bekas Naib Presiden MCA sertai PKR

KEMASKINI:
Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng hari ini mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau membuat pengumuman itu pada satu forum anjuran PKR yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Turut menyertai PKR adalah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.

Pada sidang media selepas itu, Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR memandangkan wujud banyak persamaan antara aganda politik yang ingin dibawa beliau dan Anwar.

“Saya telah keluarkan manifesto pada 2005 dan 2008 dan saya membandingkannya dengan visi dan agenda Datuk Seri Anwar serta manifesto PKR pada pilihan raya umum lalu.

“Saya lihat ada banyak perkara yang kami punya persamaan dan itulah yang betul-betul meyakinkan saya bahawa PKR adalah parti yang tepat untuk saya sertai.

“Saya lihat semangat dalam diri Datuk Seri Anwar. Kita berbincang tentang agendanya, bertanya soalan dan saya memberikannya manifesto saya.

“Justeru, kita faham apa yang patut saya lakukan untuk membantunya dalam agenda Malaysia,” katanya.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada MCA secara rasmi memandangkan beliau telah mengumumkan keluar daripada parti hari ini.

Ditanya mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk menukar parti, Chua berkata, beliau sebelum ini berhasrat untuk melakukan reformasi dalam MCA.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung keputusannnya keluar parti dan menyertai PKR, Chua berkata:

“Beliau sahabat saya. Beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip.”

“Saya menghormatinya dan saya percaya beliau juga menghormati saya. Hubungan kami akan berterusan sebagai kawan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Chua adalah aset penting kepada PKR dan beliau akan mempelawa Chua untuk menyertai kepimpinan tertinggi parti itu.

“Hal itu memerlukan kelulusan biro politik parti dan seterusnya oleh Majlis Tertinggi,” katanya.

Berita berkaitan:
Umno tidak terkejut

Presiden MCA sedih

Naib Presiden MCA kecewa

Satu Respons

  1. Salam Sejahtera Pembaca Budiman

    Ucapan sekalong tahniah diucapkan kepada DS Chua Jee Meng dan dua yang lain kerana menyertai PKR. Diharap dengan kemasukan DS Chua akan bertambah ramai pemimpin pemimpin serta ahli ahli BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

    DS Chua mengatakan bahawa agenda perjuangan beliau sama dengan visi perjuangan PKR dan ini akan lebih memudahkan beliau untuk bergerak aktif dalam parti. Kemasukan beliau dalam PKR merupakan satu asset yang penting untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. Moga moga kehadziran DS Chua dan pemimpin pemimpin BN yang sudah memasuki Pakatan Rakyat akan melakar kejayaan di PRU13.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: