Wacana Ilmiah: Pemuda Umno tunggu Pemuda PAS

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata, Pemuda Umno kini masih menunggu maklumat lanjut dari Dewan Pemuda PAS mengenai wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu.

Razali berkata Pemuda Umno telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan hanya menunggu Dewan Pemuda PAS menetapkan tarikh, masa dan tempat.

Menyentuh cadangannya supaya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan, Razali berkata perkara itu bagaimanapun perlu mendapat maklum balas daripada ibu bapa pelajar terlebih dahulu.

UPSR diperkenalkan pada 1987 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima dan antara mata pelajaran utama dalam UPSR ialah Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Advertisements