Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berhimpun serah Deklarasi Rakyat

Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh ketika dihubungi mengesahkan perhimpunan sebelah pihaknya yang akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan “Deklarasi Rakyat” pada 1 ogos (Sabtu).

“Kami akan berhimpun di tiga lokasi iaitu di pekarangan pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

“Dari sana kami akan berarak ke Istana Negara untuk sampaikan Deklarasi Rakyat meliputi tiga perkara,” kata beliau.

Tiga perkara itu ialah mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan ISA dan tutup pusat tahanan Kamunting.

Sambil mengakui pihaknya belum memperoleh kelulusan polis, Syed Ibrahim yang juga Pemangku Pengerusi Mafrel memberitahu, pihaknya akan tetap adakan perhimpunan.

“Kami berharap perhimpunan aman ini akan dibenarkan. Kami tidak akan pohon permit tetapi akan memaklumkan pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Gabungan Bersama NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan perhimpunan aman menyokong kerajaan mengekalkan ISA.

“Kami merasakan ISA masih diperlukan, yang perlu dilakukan ialah kajian semula. Jangan dimansuhkan,” katanya ketika ditemui.

Jelas beliau, pihaknya akan bermesyuarat malam ini untuk menentukan kata putus akhir.

Advertisements

Satu Respons

  1. kumpulan pro-ISA akan bertembung dengan pro anti-ISA….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: